MEMUAT

Taip untuk mencari

SEM9 Flash Axle #21 Top 4 terbaik dunia di 24 Hours of Le Mans Virtual

atq_hyprgame
Kongsi

P4 dalam dunia! SEM9 Flash Axle berikan performa terbaik di 24 Hours of Le Mans Virtual

Naquib Azlan yang mengetuai kelas LMP di 24 Hours of Le Mans Virtual bagi pasukan SEM9 Flash Axle telah pun menamatkan race di P4. Secara keseluruhannya, SEM9 Flash Axle dalam kedudukan 10 terbaik bagi carta kesuluruhan kejohanan 24 Hours of Le Mans Virtual bagi kelas LMP. 

Itu merupakan pencapaian terbaik dari SEM9 Flash Axle sepanjang 24 Hours of Le Mans Virtual berlangsung pada hujung minggu yang lalu, 15 Januari & 16 Januari. Barisan pelumba bagi SEM9 Flash Axle dalam kelas LMP adalah Naquib, Inigo Anton, Josh Purwien & Aleef Himilton. Dalam qualifying, performa yang baik ditunjukkan oleh SEM9 Flash Axle apabila mereka tamatkan race di P8.

Untuk pengetahuan semua, Naquib memang banyak memenangi pertandingan sim racing. Pelumba simulator yang berumur 21 tahun ini sememangnya memiliki bakat yang luar biasa. Bersama dengan 3 lagi pelumba, SEM9 Flash Axle kelas LMP berhasil jadi Top 4 terbaik dunia. Tahniah, SEM9 Flash Axle!

Sumber: Le Mans Virtual
Sumber: Le Mans Virtual

GGWP SEM9.AXLE! Tidak berjaya dapatkan kedudukan terbaik tetapi pengalaman mematangkan!

Dalam Instagram Story beberapa pelumba simulator bagi SEM9.AXLE, mereka mengatakan bahawa terdapat beberapa masalah teknikal seperti software bug & kehilangan sambungan yang membuatkan mereka sukar untuk meneruskan perlumbaan. Di akhir race, SEM9.AXLE tidak berjaya habiskan perlumbaan (DNF).

Namun, SEM9.AXLE yang diketuai oleh Alister Yoong dan 3 lain pelumba; Avila Bahar, Nabil Azlan & Davide Arduini telah pun membina satu penanda aras dalam kompetitif simulator racing. Walaupun tidak berjaya mendapatkan kedudukan seperti SEM9 Flash Axle, SEM9.AXLE berhasil buktikan kemampuan mereka di mata dunia sebagai satu-satunya pasukan Asia Tenggara di sana!

Sumber: Davide Arduini
Sumber: Davide Arduini
Sumber: Davide Arduini

Tahniah untuk kedua-dua pasukan, SEM9 Flash Axle & SEM9.AXLE. Ini merupakan pencapaian terbaik pasukan simulator racing Asia Tenggara di peringkat dunia.

Buat masa sekarang, memang tidak ramai yang tahu tentang kompetitif simulator racing. Tetapi dengan adanya kerjasama di antara SEM9 & Axle Sports, mungkin selepas ini ramai yang akan beri perhatian kepada scene kompetitif sim racing. Semoga kompetitif sim racing di Asia Tenggara boleh berkembang dengan baik di peringkat wilayah & global.

Berikut merupakan keputusan akhir bagi semua pelumba di 24 Hours of Le Mans Virtual

Sumber: Le Mans Virtual

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *