MEMUAT

Taip untuk mencari

MWI 2022: On Air Pipol, KARRA lengkapkan slot Malaysia di MWI

atq_hyprgame
Kongsi

On Air Pipol & KARRA adalah pasukan MLBB wanita Malaysia yang berentap di kejohanan IGN SEA Squad Up: Athena International. Namun, bukan rezeki untuk mereka membawa pulang kejuaraan. 

Peringkat akhir kejohanan tersebut telah pun berlangsung semalam di mana pasukan Indonesia, Cilor telah pun menjuarai peringkat akhir Squad Up: Athena International. Sebagai juara IGN SEA Squad Up: Athena International, Cilor akan membawa pulang sebanyak RM42,000. 

Sumber: IGN
Sumber: IGN
Sumber: IGN

KARRA & On Air Pipol wakil Malaysia di Mobile Legends Women’s Invitational 2022

Mobile Legends: Bang Bang Women’s Invitational (MWI) 2022 merupakan kerjasama di antara MOONTON Games & ONE Esports bagi mendorong wanita untuk menunjukkan keterampilan mereka dalam pemainan e-sukan ini. 

Kejohanan yang bakal diadakan secara online ini akan membawakan 10 pasukan jemputan MLBB wanita terbaik Asia Tenggara dari 7 wilayah berbeza; Malaysia, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Kemboja & Thailand.

2 slot untuk pasukan Malaysia telah pun diberikan kepada KARAA & On Air Pipol melalui kejohanan Asia Tenggara yang diadakan oleh IGN. Kejohanan yang melibatkan 3 buah negara itu akhirnya berjaya memberi peluang buat kedua-dua pasukan Malaysia ini mara ke MWI 2022.

Sumber: ONE Esports

KARRA merupakan pasukan MLBB yang agak popular dalam kalangan komuniti MLBB wanita. Lebih-lebih lagi apabila pasukan itu diperkuatkan oleh Erin yang merupakan sebahagian daripada keluarga organisasi e-sukan, RSG. Beliau juga seorang streamer di bawah nama Facebook Gaming: Erin KARRA Gaming.

Bagi On Air Pipol, mereka adalah organisasi e-sukan yang diperkuatkan oleh beberapa nama streamer terkenal dalam organisasi mereka seperti Jaasuzuran, Abe Wea, Jaja Zuber, Charlie (Asnur Atiqah), Faa (Fariha), Kamal, Uncle Dyy & Rimau (Faruqi). Pasukan itu digerakkan oleh MLBB wanita yang juga bersaing di IGN SEA Squad Up: Athena International.

Mereka akan bersama-sama KARRA dalam slot jemputan di Mobile Legends Women’s Invitational 2022. Namun, barisan pemain bagi KARRA & On Air Pipol di Squad Up: Athena International tidak begitu biasa didengar dalam kalangan komuniti Mobile Legends: Bang Bang wanita kecuali Mama Jess & Erin.

On Air Pipol memiliki satu divisi MLBB yang dilengkapkan oleh pasukan lelaki di bawah nama On Air Esports. Pasukan itu telah pun berjaya dinobatkan sebagai juara The Academy Mobile Legends 2021, kejohanan hasil kerjasama HomeBois & Esports Player League (ESPL). Pemain bagi On Air Esports terdiri daripada Epit, Syf, Zeph, Zora, Hanza, Sekyss & Esha. Mereka juga dikuatkan lagi di bawah pemerhatian Jaasuzuran & organisasi e-sukan, On Air Pipol. 

Pasukan On Air Esports juga pernah bersaing dengan nama-nama pasukan MLBB terkenal seperti HomeBois & Team Caracal di kejohanan 100 Hari Inspirasi Keluarga Malaysia. Mereka berhasil menduduki tempat ke-3 di kejohanan tersebut.

Sumber: On Air Esports
Sumber: On Air Esports

Buat masa kini, tiada informasi lanjut tentang pemain utama yang akan bermain untuk pasukan KARRA & On Air Pipol di Mobile Legends Women’s Invitational 2022. Kejohanan itu akan diadakan pada 27 Januari sehingga 30 Januari ini. 2 pasukan MLBB wanita Malaysia akan berhadapan dengan pasukan Asia Tenggara yang lain.

Tidak dapat dinafikan, ini merupakan peluang yang besar buat pasukan MLBB wanita Malaysia. Platform yang disediakan oleh MOONTON & ONE Esports ini sememangnya dapat membantu pasukan MLBB wanita di Asia Tenggara mendapatkan spotlight mereka yang tersendiri. Juga, menepis stigma yang membezakan jurang di antara jantina.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *