MEMUAT

Taip untuk mencari

2 Hero Mage, Vexana & Faramis akhirnya akan dapatkan revamp!

atq_hyprgame
Kongsi

Moonton rasmikan beberapa penambahbaikan baharu untuk Mobile Legends: Bang Bang dalam Pelan Penambahbaikan Seimbang 2022 yang dirasmikan pada 5 Januari yang lalu.

Antara pembaharuan penting yang diambil Kira oleh Moonton adalah seperti keseimbangan dalam matchmaking, sistem blacklist serta dodge dalam draft pick. Dan, yang paling utama, Moonton akan membawa masuk artificial intelligence untuk mengumpul data pemain bagi menyeimbangkan sesi matcmaking.  

Dalam pelan itu juga, Moonton megumumkan bahawa 2 Hero Mage yang belum lagi mendapatkan kedudukan mereka dalam meta Mobile Legends: Bang Bang akhirnya akan mendapatkan revamp yang dinanti-nantikan. 2 hero ini juga dikatakan sudah lama dilabel sebagai hero underpower kerana tidak dapatkan rework yang sepatutnya.

Sumber: Moonton

Moonton dengar permintaan pemain! Vexana, Faramis akan dapatkan revamp! 

“Ya, kami mendengar permintaan anda & kami berjanji tidak akan buat anda kecewa.” 

Moonton mengumumkan bahawa 2 Hero Mage yang akan mendapatkan revamp mereka adalah Vexana & Faramis. Ramai pemain MLBB yang meminta Moonton untuk rework 2 hero ini. Kalau dilihatkan, memang jarang komuniti MLBB bercakap tentang hero ini. 

Sumber: Moonton

Tetapi tentunya ada dalam kalangan pemain MLBB yang menggunakan kedua hero Mage ini di dalam permainan merasakan Bahawa hero ini sudah lama berada di tahap underpower. Sudah tiba masa untuk mereka dapatkan revamp. 

Dalam gambaran yang diberi oleh Moonton dalam video Pelan Penambahbaikan Seimbang 2022, dilihatkan bahawa Vexana boleh berubah bentuk menjadi manusia dari bentuk “spiritual mage” yang dibawa oleh hero itu. 

Sumber: Moonton
Sumber: Moonton

Revamp untuk Hanabi & satu lagi hero Tank yang belum diumumkan 

Vexana & Faramis sudah pun mendapatkan kelebihan yang pemain nanti-nantikan. Tidak hanya 2 Hero Mage ini, Moonton umumkan bahawa 2 lagi hero akan mendapatkan revamp mereka iaitu Hanabi & hero Tank yang tidak diumumkan siapa. 

Dalam bayang-bayang yang ditunjukkan oleh Moonton dalam video Pelan Penambahbaikan Seimbang 2022, bayang-bayang tersebut nampaknya dimiliki oleh hero Tank, Akai! 

Sumber: Moonton
Sumber: Moonton

Selain daripada revamp, Moonton juga menaiktaraf Emblem untuk pastikan pemain mempunyai pilihan yang lebih banyak, sesuai dengan gameplay yang mereka bawa. Usaha Moonton untuk tahun 2022 memang baik, tidak lari dari moto mereka yang inginkan pemain mendapat pengalaman permainan yang konsisten setiap masa. 

Ada beberapa lagi isi di dalam Pelan Penambahbaikan Seimbang 2022 yang dibawa khas oleh Moonton. Antaranya revamp yang akan dibuat kepada 2 Hero Mage iaitu Vexana & Faramis. Untuk melihat pembentangan penuh tentang Pelan Penambahbaikan Seimbang 2022, boleh ke Youtube Mobile Legends: Bang Bang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *