MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Moonton rasmikan Pelan Penambahbaikan Seimbang 2022 bagi MLBB

atq_hyprgame
Kongsi

Mobile Legends: Bang Bang semakin mendapat perhatian ramai dengan adanya initiatif yang Moonton ambil untuk mengembangkan lagi permainan MOBA ini. Dengan adanya sambutan yang mereka terima, wajar untuk Moonton menambahbaik permainan mereka untuk tingkatkan lagi kepuasan pengguna. 

Menurut Moonton, mereka mahu memastikan supaya pemain Mobile Legends: Bang Bang terus menerus mendapatkan pengalaman yang baik dari permainan MOBA itu sendiri. Semua aduan tentang permasalahan di dalam permainan akan diselesaikan dengan adanya Pelan Penambahbaikan Seimbang 2022 yang dirasmikan oleh Moonton.

Sumber: Moonton

Jom tengok antara penambahbaikan penting yang diusahakan oleh Moonton dalam Pelan Penambahbaikan Seimbang 2022

Keseimbangan dalam matchmaking

Bagi tahun 2021, memang Moonton ada meletakkan usaha mereka untuk mendapatkan pasukan lawan yang seimbang & sepadan di dalam match. Moonton juga telah mengambil langkah initiatif untuk mengurangkan masa dalam matchmaking. 

Seperti yang sedia tahu, walaupun pemain bermain di ranked, tetapi tahap kompetitif mereka sangat tinggi. Jadi, Moonton telah pun memastikan bahawa kedua-dua pasukan memiliki pengalaman yang sama supaya jurang yang dibina tidak terlalu besar. Contohnya, peringkat bagi kedua-dua pasukan tidak terlalu jauh supaya dominasi tidak berpihak untuk satu pihak sahaja.

Sumber: Moonton
Sumber: Moonton

Sistem Blacklist

Ini merupakan usaha pertama Moonton bagi tahun 2022 di mana sistem blacklist ini akan memberi peluang kepada pemain untuk bar pemain yang tertentu dari menjadi rakan sepasukan lagi. 

Mungkin pembaharuan ini sedikit sebanyak akan menggembirakan pemain Mobile Legends: Bang Bang kerana pengalaman yang banyak diberitahu oleh pemain MLBB, mereka menghadapi cabaran untuk bermain jika rakan sepasukan tidak memberi kerjasama.

Sumber: Moonton
Sumber: Moonton

Dodge akan dibawa masuk dalam Draft Pick

Ciri ini juga penting & kalau nak ikutkan ia adalah penambaikkan yang baik dibuat oleh Moonton pada tahun 2022 ini. Kini, pemain boleh memilih untuk mengelak dalam sesuatu perlawanan jika line up yang dibentangkan terlalu tidak masuk akal.

Contohnya, semua pemain mahu bermain di EXP Lane atau semua pemain memilih hero Mage untuk dimainkan. Itu boleh dikatakan perlawanan yang tidak seimbang. Disebabkan Moonton tidak mahu pengalaman bermain berkurang, ciri dodge diperkenalkan untuk memberi pemain hak dalam membuat keputusan.

Sumber: Moonton
Sumber: Moonton

Artificial Intelligence dalam MLBB? Moonton memang step up the game! 

Moonton akan membawa masuk artificial intelligence ke dalam MLBB khususnya untuk sistem matchmaking. Artificial intelligence akan mengumpulkan kesemua data pemain di dalam permainan & menilai tahap skil yang ada pada pemain seperti Ranking, Gold, berapa banyak kali menang & sebagainya. 

Dengan adanya ciri artificial intelligence, ia dapat membantu pemain untuk bermain dengan pemain (dan pasukan lawan) yang memiliki tahap kebolehan yang sama. Ia akan menghasilkan matchmaking yang seimbang.

Sumber: Moonton
Sumber: Moonton

Artificial Intelligence ini memang antara ciri terbesar yang Moonton bawakan dalam Pelan Penambahbaikan Seimbang 2022. Ia merupakan sistem pintar yang boleh mengumpul data dalam kuantiti infiniti.

Pengenalan kepada artificial intelligence ini juga dapat meningkatkan ekosistem permainan itu sendiri. Pemain akan merasakan perubahan yang ketara dengan adanya matchmaking yang seimbang.

Ada beberapa lagi isi di dalam Pelan Penambahbaikan Seimbang 2022 yang dibawa khas oleh Moonton. Antaranya revamp yang akan dibuat kepada 2 Hero Mage iaitu Vexana & Faramis. Untuk melihat pembentangan penuh tentang Pelan Penambahbaikan Seimbang 2022, boleh ke Youtube Mobile Legends: Bang Bang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *