MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , ,

Beberapa pemain tidak akan bermain di PMPL S5 – J Hunter

Kongsi
Beberapa pemain tidak akan bermain di PMPL S5 - J Hunter

Pengulas profesional PUBG Mobile Malaysia, Azrul Anwar atau lebih mesra disapa dengan nama panggilannya J Hunter telah membuat ulasan berkenaan masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain tertentu yang melibatkan wanita ataupun kekasih.

Perkara itu telah diulas beliau, sejurus perkara berkenaan telah menjadi isu hangat di kalangan komuniti dan telah meminta J Hunter sendiri untuk memberi pendapat berkenaan itu. Pada sudut J Hunter, beliau mengatakan bahawa berkemungkinan terdapat beberapa pemain yang tidak akan menyertai kejohanan rasmi selepas ini. Walaupun begitu, nama-nama pemain yang tidak akan bermain itu tidak diberitahu kepada umum dan akan kekal sebagai rahsia antara organisasi-organisasi yang terbabit.

Credit : YT Farr Channel

Secara umumnya, masalah yang timbul di kalangan pemain zaman sekarang majoritinya melibatkan hubungan mereka dengan pasangannya. Perkara itu telah memberi impak yang besar terhadap pemain yang boleh mencacatkan corak permainan dan tekanan mental sekiranya mereka terus bermain di arena kompetitif dengan kondisi yang tidak stabil.

J Hunter juga mengatakan masalah ini amat menyakitkan hati jika ia melibatkan wanita yang tidak mempunyai pertalian darah yang mampu menjejaskan pemain yang sedang berada di dalam kompetitif professional. Sekiranya masalah itu melibatkan rasuah atau disiplin masa, mungkin boleh diambil kira perkara yang biasa berlaku di dalam mana-mana scene professional. Akan tetapi, jika melibatkan wanita, ia mampu memberi pandangan yang buruk terhadap peminat dan juga ahli komuniti itu sendiri.

J Hunter walau bagaimanapun tidak mengulas secara terperinci dan hanya memberi hint kepada netizen untuk melihat sendiri apa yang terjadi semasa transfer window dibuat, tidak lama lagi. Nasihat J Hunter kepada pemain yang ingin meneruskan kerjaya mereka sebagai pemain profesional supaya bertindak lebih bijak dan sekiranya ingin dukungan wanita tersayang, teruskan berkahwin supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah dan isu yang akan datang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya