MEMUAT

Taip untuk mencari

LPL Spring Split liga serantau pertama mulakan musim kompetitif 2022

atq_hyprgame
Kongsi

Selepas transfer window selesai sengit, kini LPL Spring Split bersedia untuk memulakan musim kompetitif 2022. Ia dijangka bermula pada 10 Januari ini & akan berlangsung selama 9 minggu sebelum ia menuju ke peringkat playoffs.

17 pasukan mempunyai 9 minggu untuk mengejar kedudukan teratas di LPL Spring Split 2022. Pasukan yang akan sertai LPL Spring Split adalah:

Anyone’s Legend • Bilibili Gaming • EDward Gaming • FunPlus Phoenix • Invictus Gaming • JD Gaming • LGD Gaming • LNG Esports • Oh My God • Rare Atom • Royal Never Give Up • Team WE • Thundertalk Gaming • Top Esports • Ultra Prime • Ninjas in Pyjamas • Weibo Gaming

Sumber: LPL

Jadual bagi 9 minggu perlawanan untuk kesemua 17 pasukan telah pun diumumkan secara rasmi. Perlawanan Hari Pertama Minggu Pertama pada 10 Januari akan dibuka oleh pasukan Oh My God (OMG) menentang Thundertalk Gaming (TT).

Format bagi LPL untuk tahun 2022 boleh dikatakan padat kerana perlawanan BO3 akan berlangsung setiap hari dari 10 Januari sehingga 20 Mac selama 9 minggu. Pasukan LPL mempunyai peluang untuk berehat di antara minggu ketiga & keempat Spring Split — 27 Januari hingga 10 Februari.

Ini juga akan menjadi kali terakhir Victory Five dalam LPL menjelang Summer Split. Victory Five kini akan dikenali sebagai Ninjas in Pyjamas selepas bergabung dengan organisasi e-sukan Sweden.

Selepas rombakan besar dibuat di dalam pasukan LPL, ia akan menjadi menarik untuk melihat siapa yang muncul di atas. Banyak pasukan telah menggerakkan pemain & jurulatih untuk mencari unit terbaik untuk bersaing dalam LPL.

Sumber: Tedd @ Twitter

Setakat ini, tidak banyak yang diketahui tentang format Spring Split 2022 selain daripada 9 minggu perlawanan akan berlangsung sebelum playoffs. Seperti sebelum ini, kemungkinan 10 pasukan teratas akan berjaya mara ke playoffs. Buat masa kini, roster lengkap masih belum dikemaskini.

Pemenang LPL 2022 Spring Split akan mewakili rantau LPL ini dalam Mid-Season Invitational yang akan datang. Ia dijangka akan diteruskan jika COVID-19 masih ditahap kawalan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *