MEMUAT

Taip untuk mencari

VALORANT Champions Tour 2022 kembali dengan larian kedua!

atq_hyprgame
Kongsi

VALORANT Champions Tour kembali dan larian kedua bagi VCT yang dijadualkan pada 2022 akan berusaha untuk membina kejayaan yang dicipta semasa kejohanan pertama mereka, VCT 2021.

Terdapat beberapa inisiatif & perubahan baharu yang telah diumumkan bagi VCT 2022 termasuk liga nasional, pengembangan Game Changers, perubahan format Challengers, kemasukan acara “off-season” yang dikendalikan oleh penganjur pihak ketiga & banyak lagi.

Sumber: Riot Games

Format bagi VALORANT Champions Tour 2022

Terdapat banyak perubahan pada format VCT untuk tahun 2022, tetapi proposisi keseluruhan VCT masih lagi sama. Setiap region akan mempunyai peringkat Challengers. Pasukan yang menang akan mara ke kejohanan LAN antarabangsa bagi acara Masters sebelum kejohanan akhir Champions bermula.

Seperti sebelum ini, VCT akan menampilkan 3 peringkat Challengers & Masters pada bulan Disember, tetapi pada tahun ini, akan ada dua peringkat untuk ke Champions yang kini  ditetapkan pada bulan September. 

Bulan-bulan akhir pada tahun ini akan diketepikan untuk “off-season series & events” yang dikendalikan oleh penganjur pihak ketiga.

Sumber: Riot Games

Acara utama untuk setiap peringkat Challengers juga akan berubah. Daripada tiga double elimination yang terdapat dari kelayakan terbuka dari setiap acara Challengers, kini, setiap peringkat Challengers akan tampilkan satu kelayakan yang membawa kepada 7 minggu acara utama bersama dengan 5 minggu permainan round-robin

Peringkat itu akan menjadi kemuncak acara untuk tentukan pasukan yang akan ke Masters. Pasukan yang berjaya untuk menamatkan kedudukan di tempat pertama secara automatik akan dapatkan Tempat di Masters Two.

Game Changers kembali sebagai tambahan kepada VCT 2022. Formatnya sama seperti 2021, dengan tiga siri berbeza menampilkan kelayakan terbuka & double-elimination bracket

Jadual bagi VALORANT Champions Tour 2022

ChallengersMastersChampions
Diadakan oleh Riot Games

Pasukan yang layak untuk ke Challengers adalah pasukan dari kelayakan terbuka

Pasukan teratas di Playoffs akan mara ke acara Masters
Ada 2 acara sepanjang circuit
Acara akan berlangsung pada April – Julai

Masters 1
Amerika Utara, EMEA, Brazil, Korea, Jepun, Asia Tenggara, Amerika Latin

Masters 2
Amerika Utara, EMEA, Brazil, Korea, Jepun, Asia Tenggara, Amerika Latin

*Pasukan Turkey, CIS & MENA akan melalui saringan EMEA Challengers

*Slot yang akan diberikan kepada setiap wilayah masih belum diberitahu
Circuit Points Slot
Amerika Utara, EMEA, Brazil, Korea, Jepun, Asia Tenggara, Amerika Latin

*Pasukan Turkey, CIS & MENA akan melalui saringan EMEA Challengers

Last Chance Qualifier Slots
Amerika Utara, EMEA, Amerika Selatan, APAC
Sumber: Riot Games

Tarikh rasmi untuk EMEA, Korea, Jepun & wilayah lain masih belum diumumkan lagi. Acara di wilayah tersebut dijangka akan berjalan pada masa yang sama dengan acara Amerika Utara tetapi informasi lanjut tentang tarikh masih belum diberitahu oleh Riot.

Senarai penuh pasukan yang telah layak untuk acara utama Challengers setiap rantau juga belum diberitahu dengan lengkap. Pihak Hyprgame akan mengemas kini semula semua informasi selepas ianya lengkap!

Informasi VALORANT Champions Tour 2022 diambil sedikit sebanyak dari Riot Games & Dotesports.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *