MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan Valorant SMG telah dibubarkan

Kongsi
Pasukan Valorant SMG telah dibubarkan

Organisasi SMG telah mengumumkan pelepasan barisan pasukan Valorant mereka, semalam. Pasukan SMG yang berpangkalan di Singapura ini telah menempa nama di dalam beberapa kejohanan rasmi dan mereka juga merupakan pasukan yang memberi saingan hebat di dalam mana-mana kejohanan yang dimasukinya.

Walau bagaimanapun, setelah hampir 2 tahun pasukan itu cuba untuk mendominasi pentas arena Valorant, mereka akhirnya memutuskan untuk membubarkan pasukan dan membuat haluan sendiri. Banyak pencapaian yang telah dibuat sepanjang mereka berada di dalam scene Valorant dan yang tertinggi mereka mendapat tempat ke 2 di kejohanan VCT 2021 MY/SG Stage 2 Challengers 3 setelah tewas di tangan pasukan Paper Rex.

Pasukan SMG Valorant ini ditubuhkan pada bulan July 2020 dan telah menyapu pelbagai kejohanan komuniti ketika itu dan bukan itu sahaja, pasukan SMG juga pernah memenangi kejohanan luar talian pertama mereka pada bulan November 2020.

Organisasi SMG telah mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pemain yang telah bersama mereka selama ini iaitu Kama, Divine, Aeozora, LEXY, Egoist, Jinggg, Freyr, ZesBeeWm dan JdFaker. Semoga pemain-pemain ini terus berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan.

Credit : IG teamSMGofficial

Manakala Alex Cheang “Falfalfal” akan terus bersama organisasi itu sebagai konten kreator mereka. Dengan ini, tiada lagi pasukan SMG yang akan muncul di dalam mana-mana kejohanan, tidak pasti sama ada mereka ingin mengambil barisan pemain baharu ataupun benar-benar berhenti daripada scene pro Valorant Asia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *