MEMUAT

Taip untuk mencari

Singapura pelik FreeFire di Ban oleh India

Kongsi
Singapura pelik FreeFire di Ban oleh India

Menurut Reuters, Singapura telah menyatakan kebimbangan kepada menteri hal ehwal luar India mengenai sekatan yang tidak dijangka pada Free Fire.

Kerajaan India telah mengharamkan permainan Free Fire serta 53 aplikasi yang berasal daripada China awal bulan ini. Perkara itu terjadi selepas terkait dengan pembocoran maklumat data yang dikatakan mampu memberikan ancaman terhadap negara itu.

Larangan ke atas Free Fire untuk dimainkan di India telah mengejutkan Garena yang berpengkalan di Singapura dan syarikat induknya “Sea LTD” juga terletak di Singapura dan bukannya China.

Lantaran itu, Singapura telah cuba untuk menghubungi pegawai kerajaan India bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Mereka juga mempersoalkan mengapa permainan itu dipilih dalam tindakan keras terhadap aplikasi China walaupun pada hakikatnya SEA terletak di Asia Tenggara, ataupun permainan ini diharamkan dengan “secara tidak sengaja”.

Singapura telah menyerahkan beberapa aduan kepada agensi teknologi maklumat India. Bagaimanapun, pegawai dari pentadbiran India juga tidak tahu sama ada Delhi akan memberi maklum balas berkenaan itu.

Free Fire banned in India
Credit : FreeFireMania

Hakikatnya bahawa Free Fire MAX, merupakan versi permainan yang dipertingkatkan yang menggunakan pelayan yang sama. Di India, permainan ini masih boleh diakses di Gedung Google Playstore. Walau bagaimanapun, App Store Apple telah memadamkan Free Fire dan Free Fire MAX dari store mereka.

Berikutan pengumuman larangan permainan itu, saham Sea turun lebih daripada 18 peratus pada 14 Februari, kehilangan sebanyak $16 bilion daripada nilai pasaran syarikat internet itu.

Walaupun terdapat larangan, pemain di India yang telah memuat turun permainan telah dibenarkan untuk memainkannya. Tetapi buat pengguna iOS yang baharu ingin bermain tidak dapat memuat turun permainan itu, pengguna Android masih boleh memainkannya dengan memuat turun APK daripada laman web rasmi Free Fire.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *