MEMUAT

Taip untuk mencari

Manager baharu Secret di Korea- OTG

Kongsi
Manager baharu Secret di Korea- OTG

OnTheGo atau Parthiban Petchayappen merupakan pengurus pasukan Secret Malaysia yang telah bersama pasukan itu untuk sekian lamanya. Dikenali sebagai pengulas e-sukan profesional semenjak beliau mengulas beberapa kejohanan Dota 2 sebelum bertukar ke platform Mobile Esport (PUBGM).

Ramai peminat pasukan Secret terkejut dengan berita yang dibawa oleh organisasi itu bahawa OnTheGo bukan lagi pengurus pasukan PUBG Mobile mereka. Beliau kini adalah seorang duta buat pasukan itu dan tidak lagi menguruskan hal-hal berkenaan pemain ataupun organisasi.

Credit : FB TEAM SECRET

Ramai peminat tertanya-tanya mengapa OnTheGo melepaskan jawatan sebagai pengurus pasukan itu sebelum pasukan itu menghabiskan perjalanan mereka di PMGC yang bakal tiba. OnTheGo menjelaskan bahawa tanggung jawab itu masih dipikul untuk menguruskan pemain dan barisan pemain atau pertukaran pemain dan sekiranya beliau meninggalkan pasukan itu selepas tamatnya kejohanan PMGC, OnTheGo beranggapan bahawa beliau seolah melepas tangan terhadap pasukan itu.

Credit : YT Farr Channel

Semasa beliau menjadi pengurus juga beliau kehilangan rakan-rakan tersayang dan masa untuk diri sendiri demi menjaga kpi kerja dan pemainnya. OnTheGo juga menjelaskan perkara itu lebih jelas apabila beliau kehilangan seorang sahabat yang merupakan jurulatih Sem9 iaitu Hahagus yang memberi impak terhadap kehidupannya.

Kehadiran OnTheGo di dalam organisasi Secret, telah membantu banyak perkara dan telah membawa pasukan itu mengangkat piala PMPL SEA musim ke 4 baru-baru ini. Beliau juga mengharapkan bahawa segala usahanya telah membanggakan peminat-peminat pasukan Secret.

Walau bagaimanapun, OnTheGo telah memberi tanggung jawabnya kepada rakan baik beliau sendiri yang kini masih berada di Korea. OnTheGo mengatakan bahawa kawan baiknya ini mampu untuk mengurus pasukan itu walaupun beliau tidak mempunyai pengalaman dalam esukan tanah air.

Klu yang diberikan adalah warganegara Malaysia, lelaki Melayu dan berumur 24 tahun. Siapakah gelaran jejaka misteri yang akan membimbing pasukan Secret setelah ketiadaan OnTheGo ini?.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya