MEMUAT

Taip untuk mencari

4Rivals umumkan ahli baharu mereka.

Kongsi
4Rivals umumkan ahli baharu mereka.

Seperti yang dijangkakan pasukan 4Rivals akhirnya telah menambah pemain ke dalam senarai pemain mereka yang akan bermain di kejohanan PMGC 2021 nanti. Sebelum ini mereka hanya bermain 4 orang sahaja dan tidak mempunyai pemain yang ke 5.

Pengambilan pemain ke 5 ini merupakan duta pasukan itu sendiri, beliau dikenali sebagai Stoned atau nama sebenarnya Joshtone Chin Tze Pei. Beliau merupakan bekas pemain Mega Biskut dan beliau juga seorang pemain underrated yang berbakat di dalam scene Pubg Mobile.

Bukan itu sahaja, organisasi 4Rivals telah mengambil Vokey yang sebelum ini merupakan pemain dan juga seorang kapten bagi pasukan Axis Red One. Pencapaian beliau di dalam Pubg Mobile sangat memberasangkan, Vokey juga merupakan pemain yang mendapat gelaran juara back to back di PMPL MY SG musim 3 bersama RSG dan musim ke 4 bersama Axis Red One.

Credit : FB 4Rivals

Ada juga berpendapat bahawa dengan pengambilan Vokey sebagai Duta mungkin akan dijadikan pemain utama seperti yang berlaku terhadap Stoned yang pada awalnya hanyalah Duta mereka semata. Jika perkara itu benar, seharusnya pasukan-pasukan lain harus berwaspada dengan pemain agresif dan berpengalaman ini.

Pasukan 4Rivals akan menghadapi rintangan di Liga PMGC 2021 pada minggu hadapan. Mereka berada di kumpulan B bersama pasukan The Infinity, MS Chonburi dan pasukan dari PEL. Adanya pemain ke 5 mungkin dapat meringankan sedikit bebanan yang ditangung oleh pasukan itu. Semoga pasukan 4Rivals dapat meloloskan diri ke Grand Final PMGC 2021 dan bertemu dengan 6 buah pasukan daripada PMGC WEST.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya