MEMUAT

Taip untuk mencari

Ejen Astra serba guna !

Kongsi
Ejen Astra serba guna !

Pengawal cakerawala Valorant, Astra, sukar untuk dikuasai, tetapi dia sangat bermanfaat apabila digunakan dengan sewajarnya. Dalam permainan ELO yang tinggi, Astra boleh menjadi pembuat perbezaan apabila semuanya gagal.

Astra telah menjadi sebahagian daripada ejen Valorant selama berbulan-bulan lamanya, tetapi dia masih jarang digunakan oleh pemain. Disebabkan Astra adalah salah satu ejen tingkat tinggi yang memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengawalnya. 

Apakah bentuk Astral, dan bagaimana untuk menggunakannya?

Credit to : WinGG

Menguasai bentu Astralnya adalah amat penting untuk menjalankan tugas Astra di dalam permainan. Untuk mengaktifkan skillnya Astral harus meletak bintang di tanah dan ia boleh berubah menjadi asap, stunned dan telaga graviti. 

Semasa meletakkan bintang, pastikan anda berada dalam kedudukan yang selamat. Cuba untuk tidak meletakkan bintang apabila musuh berada berdekatan. Kuasai pergerakan jari anda untuk bergerak masuk dan keluar dari bentuk Astral serta-merta untuk menjatuhkan bintang dalam situasi yang berisiko.

Menggunakan bintang Astra untuk memenangi permainan

Untuk mengelakkan pendaratan di garis silang musuh dalam bentuk Astral anda, anda disyorkan untuk meletakkan bintang pada permulaan pusingan. Jika anda bermain dalam serangan, berkomunikasi dengan pemain duelist anda. Letakkan bintang di tempat kebiasaan musuh untuk melakukan peaking dan aktifkan Telaga Graviti (C) untuk menarik keluar musuh bagi memudahkan duelist anda membuat pembunuhan. Anda juga boleh meletakkan bintang ke arah sudut pertahanan dan kawasan terbuka lain dan membuatkannya menjadi asap (E).

Kebanyakkan pemain yang menggunakan Astra di ELO yang tinggi mereka pelbagaikan cara penggunaan Astra, ada yang menggunakan Astra sebagai pemain sentinel dan ada juga menggunakan secara defensive. 

Credit to : WinGG

Ultimate Astra dapat membelah peta menjadi dua, dan pihak lawan yang berada di sebelah tembok yang dibina Astra tidak dapat melihat, mendengar atau menembak pihak yang berada di sebelah tembok. Dengan kit yang dibuat khas untuk Astra ini pemain yang pandai untuk pelbagaikan sifatnya mampu untuk memenangkan permainan dengan sangat mudah.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya