MEMUAT

Taip untuk mencari

MPLI 2021: Menang El Clásico, RRQ Alberttt ajar EVOS guna Ling

atq_hyprgame
Kongsi

El Clásico! Perlawanan yang ditunggu-tunggu pada hari pertama MPLI 2021 membuka tirai iaitu perlawanan di antara RRQ Hoshi & EVOS Legends. 

RRQ Hoshi memang betul-betul ganas di hari pertama MPLI. Mereka tidak beri peluang buat EVOS Legends untuk mendapatkan apa-apa mata. 

Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports

Namun, pada perlawanan semalam, tentunya fokus hanya tertumpu buat RRQ Hoshi terutamanya pemain Jungler mereka, RRQ Alberttt. 

RRQ Alberttt mengeluarkan hero jungler yang menjadi kegemaran beliau iaitu Ling.

RRQ Hoshi menang perlawanan dengan mudah

Di perlawanan pertama RRQ Hoshi memang betul-betul memberikan yang sehabis baik di dalam permainan. Pada perlawanan pertama, RRQ Alberttt menggunakan Lancelot. 

Penggunaan Lancelot dari RRQ Alberttt juga tidak kurang hebatnya bersama-sama dengan combo Aldous Skylarrr. Memang membuatkan EVOS Legends tidak senang duduk. 

Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports

RRQ Alberttt tunjukkan gameplay Ling yang sebenar!

Pujian harus diberikan buat RRQ Alberttt kerana beliau merupakan punca utama kemenangan di perlawanan kedua. Pada perlawanan kedua, RRQ Alberttt berjaya untuk mendapatkan hero kegemaran beliau, Ling. 

Namun, EVOS Legends ada menunjukkan bahawa mereka mahu membuat comeback di mana pemain EVOS berjaya untuk mendapatkan 4 pemain dari pasukan RRQ Hoshi.

Tetapi, RRQ Alberttt dengan Ling beliau berjaya menghilangkan momentum pasukan EVOS Legends. 

Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports

Good Game Well Played buat pasukan Indonesia, EVOS Legends. Perlawanan El Clásico di antara RRQ Hoshi dan EVOS Legends adalah perlawanan yang sangat berkualiti ditunjukkan oleh 2 pasukan gergasi Indonesia.

RRQ Hoshi berjaya mara ke bracket yang seterusnya untuk melawan pemenang bagi perlawanan di antara ONIC PH & Smart Omega.

Perlawanan di antara ONIC PH & Smart Omega akan diadakan pada hari ini, 3 November pada pukul 18:10 GMT+8.

Sebelum itu, pasukan Malaysia, Todak MLBB akan membuka perlawanan di hari kedua (3 November) MPLI menentang juara MPL pertama Kemboja, See You Soon pada pukul 13:00 GMT+8. 

Untuk mengetahui tarikh/masa serta keputusan perlawanan sepanjang MPL Invitational 2021 berlangsung, boleh lihat di sini: 

Siaran langsung ONE Esports MPL Invitational (MPLI) 2021 boleh ditonton secara langsung di laman rasmi ONE Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *