MEMUAT

Taip untuk mencari

Kid, Insomnus & Vokey pemindahan paling berbaloi di PMPL S4

atq_hyprgame
Kongsi

Selain dari kehadiran pemain-pemain muda atau lebih dikenali sebagai “bocah ajaib”, PMPL MYSG pada musim ini juga menampilkan pemindahan pemain-pemain baru di dalam pasukan.

Pemindahan pemain telah dibuat sebelum mulanya PMPL MYSG S4. Setiap organisasi e-sukan perlu mengunci pemain mereka mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh penganjur, PUBG Mobile. 

Sepanjang liga PMPL MYSG S4 berlangsung, rata-rata peminat dan caster bersetuju bahawa 3 pemain ini merupakan pemindahan yang paling berbaloi dibuat di PMPL MYSG S4. 

3 pemain tersebut adalah pemain dari pasukan Team Secret (Kid) , EVOS Vip (Insomnus) dan Axix RedOne (Vokey)

Kid, Insomnus dan Vokey masing-masing pernah membuat kejutan di dalam PMPL MYSG S4. Peminat dan caster sendiri merasakan bahawa ketiga-tiga pemain ini merupakan pemindahan yang paling berbaloi bagi musim ini. 

Vokey yang merupakan IGL bagi pasukan Axis RedOne membawa kelainan dalam pasukan itu ditemani oleh tulang belakang beliau yang sentiasa ada bersama iaitu MicaOP

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Manakala, Kid pula yang pernah bernaung di bawah pasukan Todak kelihatan lebih selesa bersama dengan pasukan barunya, Team Secret.

Pembawakan permainan yang baik ditunjukkan oleh Kid membuatkan peminat Team Secret menggemari cara beliau bermain. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Pemain ini beberapa kali mendapatkan mata singkir yang banyak buat dirinya untuk disumbangkan ke dalam pasukan beliau. Pemindahan beliau memang menampakkan yang beliau sangat berkualiti. 

Tidak lupa juga kepada bekas pemain bagi pasukan Whales Esports iaitu Insomnus. Kehadiran beliau dalam EVOS Vip juga membuahkan hasil. Kualiti permainan yang ditunjukkan oleh Insomnus sangat baik. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Beliau bukan sahaja diserap masuk ke dalam EVOS Vip sebagai pemain tambahan, tetapi beliau merupakan aset buat pasukan tersebut. Pernah mendapatkan 10 mata singkir untuk dirinya ketika berlawan dengan pasukan SEM9 GANK, nama Insomnus pada ketika itu lebih luas diperkatakan. 

Ketiga-tiga pemain ini merupakan antara pemain yang berkualiti dan pemindahan mereka ke pasukan baru sememangnya memberikan satu corak dan kualiti permainan yang cemerlang.  

Minggu terakhir Super Weekend PMPL MYSG S4 akan bermula pada hari ini di laman Youtube dan Facebook rasmi PUBG Mobile Esports Malaysia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *