MEMUAT

Taip untuk mencari

Capai RM 2.16 juta jualan dalam 2 jam, Fazura bantu 4,000 peniaga kecil

atq_hyprgame
Kongsi

Fazura yang merupakan selebriti Malaysia dan isteri kepada pelakon lelaki popular tanah air, Fattah Amin telah melancarkan jenama tudung beliau sendiri iaitu Tudung Fazura.

Beliau baru-baru ini telah tampil dengan gaya baru iaitu berhijab. Rata-rata peminat dan netizen mengatakan bahawa Fazura telah berhijrah.

Namun, Fazura tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut tentang penghijrahannya kerana beliau mahu ianya disimpan sendiri.

Pada awal pelancaran Tudung Fazura, perniagaan beliau telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di mana tudung beliau telah terjual dalam masa beberapa jam sahaja.

Terbaru, Fazura sekali lagi memecahkan rekod jualan di mana 80,000 helai tudungnya telah terjual dalam tempoh 2 jam sahaja.

Itu memang satu pencapaian yang luar biasa lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik sekarang.

Di dalam satu siaran langsung di Instagram (IG Live), Fazura ada mengatakan bahawa beliau tidak mahu mengaut untung. Beliau berniat untuk membantu peniaga-peniaga kecil di bawahnya.

Menerusi IG Live tersebut, Fazura tidak dapat menahan sebak kerana terlalu ramai yang support beliau dan membantu beliau untuk membantu peniaga-peniaga kecil di bawahnya.

Menurut Fazura, hasil jualan Tudung Fazura ini telah berjaya membantu 4,000 peniaga kecil yang bernaung di bawahnya. Beliau menjelaskan bahawa terdapat ramai sangat wanita yang sukar untuk mencari mata pencarian dalam era pandemik ini. Ada juga dalam kalangan mereka yang merupakan ibu tunggal.

Hasil dari niat baik beliau, akhirnya Fazura berjaya merealisasikan impiannya untuk membantu orang yang lebih memerlukan.

Fazura merupakan artis yang sangat rendah diri dan dikenali dengan personalitinya yang “graceful”. Fazura juga telah melancarkan tudung sempena Hari Kemerdekaan ini dengan harga RM 27 sahaja!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *