MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Maxis PUBG Pro Scrims yang dibawa khas oleh Hotlink telah berlangsung selama 3 hari dari 16 Ogos sehingga 18 Ogos. Kumpulan hadiah bagi acara itu adalah sebanyak $7,000 USD

Juara bagi Maxis PUBG Pro Scrim akan membawa pulang sebanyak $3,500 USD, tempat kedua dengan $2,000 USD dan tempat ketiga $1,000 USD. Terdapat juga tambahan wang tunai sebanyak $300 USD (Most Chicken) dan $200 USD (Most Kill Team).

Terdapat 48 pasukan pemain profesional PUBG Mobile yang terlibat dalam event tersebut dan 18 pasukan daripada mereka adalah pasukan bagi PMPL S4. 

Pada hari pertama, 16 pasukan pertama akan memulakan acara dan diikuti oleh 16 pasukan lagi untuk hari kedua, dan seterusnya 16 pasukan lagi untuk hari yang terakhir. 

Sumber: ScrimLabs

Pasukan yang bermain pada 16 Ogos (Hari Pertama):

  • 4Rivals, EVOS Vip, Team SMG, Al Ikhlas R2K, VXM Fanx, Reckless Reborn, Team Whales, Envy Faora, Underrated 6YG, Last Survivor Liberty, The Five Esports, Farang Vicious, DEV Silence, RHG Rogue, ESDK Reviens dan Geek Fam Girls. 

Pasukan yang bermain pada 17 Ogos (Hari Kedua):

  • Farang Lejund, Homebois, Team Bosskur, Axis Esports, NSP Astra, TABAH NSEA, The Gringos Esports, LX Esports, Team OG, Xpert My Legacy, STP Alpha, GCK Artec, DEV Athena, Vip Squad Z2, Arov Direct End dan Meteor HG.

Pasukan yang bermain pada 18 Ogos (Hari Ketiga):

  • Team Secret, SEM9.GANK, Wulf Arov, YSX Esports, RSG, Yoodo Alliance, Suhaz Esports, OX Pailang, EMO Ah, So Cool, Hastalavista Esport, Last Survivor Mac, SC Ace, RMC Glazer, ESDK Sanguine dan Wafam 4Killer

Dalam Maxis PUBG Pro Scrims, cara menentukan pemenang adalah dengan melihat keseluruhan markah yang berjaya dipungut di hari yang mereka main. 

Berikut merupakan keseluruhan mata pada 16 Ogos (D1), 17 Ogos (D2) dan 18 Ogos (D3):

Sumber: ScrimLabs
Sumber: ScrimLabs
Sumber: ScrimLabs

Pada hari kedua, Vip Squad Z2 berjaya memungut sebanyak 80 mata kesuluruhan. Pasukan itu berjaya menjadi pasukan yang memungut mata tertinggi dari pasukan di hari pertama, Team SMG.

Jadi, pasukan yang akan bermain pada hari ketiga harus mendapat sekurang-kurangnya 81 mata untuk menjadi juara Maxis PUBG Pro Scrims.

Sumber: Vip Squad My

Namun, Vip Squad Z2 berjaya membuktikan bahawa mereka mempunyai kebolehan dan kekuatan yang tersendiri apabila pasukan itu menjadi juara Maxis PUBG Pro Scrims. 

Barisan Vip Squad Z2 terdiri daripada 6 orang pemain: 

  • Fragger: VipAkimm Muhammad Nur Hakim
  • Fragger: VipKeem – Akeem Izuddin
  • IGL: VipMaXX Muhammad Nur Hafiz
  • Support: VipHydraA Muhammad Faridhwan
  • Sniper: VipBoy44 – Wan Rosmieasroy
  • Sniper: VipMiz Muhammad Azfar
Sumber: Hotlink

Menurut pasukan Vip Squad Z2 itu sendiri, mereka dapat membawa pulang $3,500 USD dalam Maxis PUBG Pro Scrims.

Pasukan itu juga berjaya membawa pulang tambahan $300 USD apabila mereka menjadi satu-satunya pasukan yang mendapat “double Chicken Dinner” di Maxis PUBG Pro Scrims. 

Manakala, tempat kedua diraih oleh pasukan Team Secret di mana pasukan itu berjaya membawa pulang $2000 USD dengan tambahan $200 USD (Most Kill Team). Diikuti dengan tempat ketiga, Team SMG yang membawa pulang $1000 USD.

Tahniah buat pasukan Vip Squad Z2 kerana berjaya menjadi juara Maxis PUBG Pro Scrims. Dan tahniah juga diucapkan buat pasukan Team Secret dan Team SMG atas kemenangan yang telah diperolehi.

Buat Vip Squad Z2, pastinya kemenangan ini sedikit sebanyak akan menaikkan lagi semangat mereka untuk memenangi pertandingan-pertandingan yang akan datang. 

Untuk melihat highlights yang menarik sepanjang berlangsungnya Maxis PUBGM Pro Scrim, ianya boleh didapati di laman rasmi Youtube Team Secret.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *