MEMUAT

Taip untuk mencari

24 pasukan bertanding di Kelayakan Akhir MCP Majors Musim 2

atq_hyprgame
Kongsi

Terbaru, 24 pasukan rasmi Free Fire akan bertanding di Kelayakan Akhir MCP Majors Musim 2. 

MCP Majors merupakan Kejohanan yang mengabungkan 3 buah negara iaitu Malaysia, Cambodia dan Philippines di dalam satu arena. 

Kelayakan Akhir MCP Majors Musim 2 akan bermula pada 19 Ogos dan 20 Ogos. Diikuti dengan Peringkat Liga pada 28 Ogos sehingga 3 Oktober dan seterusnya Peringkat Akhir pada 16 Oktober.

24 pasukan daripada Malaysia, Cambodia dan Philippines akan merebut tempat 12 teratas untuk melayakkan diri ke Pentas Liga

18 pasukan akan bersaing di Peringkat Liga pada 28 Ogos sehingga 3 Oktober. 12 pasukan dari Kelayakan Akhir akan layak untuk ke Pentas Liga.

Manakala, 6 pasukan lagi merupakan pasukan Top 6 dari MCP Majors Musim 1.

Tetapi, berhubungan dengan isu penyingkiran pasukan SEM9 dan Geek Fam dari MCP Major, pihak Garena Free Fire telah bersetuju untuk menjemput dua pasukan di MCP Majors Musim 1.

Dua pasukan dari tempat ketujuh dan kelapan MCP Majors Musim 1 iaitu WEWS dan ALMGHTY akan menggantikan dua slot bagi MCP Majors Musim 2 di Pentas Liga.

Menurut Garena Free Fire, walaupun terdapat beberapa isu yang melibatkan pemain pasukan yang layak menyertai MCP Majors Musim 2, pihak mereka tetap harus meneruskan kejohanan ini.

Jom sama-sama kita saksikan perlawanan Kelayakan Akhir MCP Majors Musim 2 bermula hari ini, 19 Ogos dan 20 Ogos.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang MCP Majors Musim 2: Facebook Garena Free Fire

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *