MEMUAT

Taip untuk mencari

SoulxGaming buat hal lagi

Kongsi
SoulxGaming buat hal lagi

SoulXGaming seorang streamer pubgm di platform Facebook Gaming, dan beliau juga pernah diviralkan sebelum ini berkenaan sexual harassment dan juga pernah menarik perhatian pihak komuniti esport malaysia.
Report polis pernah dikeluarkan ke atas beliau oleh seorang artis dan juga streamer iaitu YanaSamsudinX berkenaan tindakan beliau ke atas kanak kanak bawah umur sebelum ini .

Baru-baru ini satu kiriman video di Twitter telah dikirimkan ke pihak kami berkenaan penghinaan atau memburukkan rakyat negeri Sabah oleh SoulGamingX itu.

Perbualan antara SoulGamingX dengan beberapa individu random yang berada dalam satu pasukannya .

Pada awalnya, SoulgamingX menanyakan asal usul pemain yang berada dalam pasukannya “orang Sabah ke semua ni?” tapi salah seorang daripada pemain menjawab dengan bersahaja “orang susah bang”. 

Dan secara tiba-tiba SoulGamingX menyatakan perkara yang tidak enak, “orang Sabah memang kuat menganjing eh, mantaplah geng”.

Tambahnya lagi, “Orang sabah memang macam ni geng”,salah seorang random itu menanyakan semula kepada SoulGamingX “macam mana bang orang Sabah?” dan reaksi daripada soul hanyalah “mental ada aman kah?” tetapi yang menghairankan pemain tersebut terus di mute oleh SoulgamingX itu. Tambahnya lagi di pengakhiran video itu,“aku tak suka orang sabah ni , orang sabah memang suka nganjing-nganjing ni, biasalah orang sabah memang kuat menganjing” .

Sebagai seorang streamer ataupun influencer, seharusnya kita bertingkah sopan dan menjaga hati semua orang dan bukannya menyakitkan mereka dengan kata-kata yang kurang senang untuk diterima oleh komuniti ataupun rakyat Malaysia. Jika tidak menyukai seseorang itu tidak perlulah kita bermain dengan bangsa ataupun negeri kelahiran mereka , ini boleh menyebabkan timbulnya rasa benci dan pandangan yang buruk kepada diri sendiri .

Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaiĂ 

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *