MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , , ,

TSM mahu mendominasi e-sukan mudah alih secara global

atq_hyprgame
Kongsi

Pada awal bulan Jun 2021, TSM telah mengumumkan satu kerjasama bersama organisasi e-sukan, FTX. Kerjasama yang ditubuhkan oleh TSM dan FTX mengikat perjanjian sebanyak USD 210 juta dengan pertukaran nilai cryptocurency.

Menurut TSM, mereka akan menggunakan wang tersebut untuk mengembangkan lagi nama mereka di peringkat global seperti di Asia, Europe dan South America. Perancangan untuk mereka mengembangkan lagi nama mereka di global adalah bermula dari pelaburan dalam permainan mudah alih (mobile games).  

Sumber: TSM FTX Logo

TSM mahu mendominasi e-sukan mudah alih (mobile games) kerana mereka melihat bahawa e-sukan merupakan satu industri yang sedang meningkat naik. Dengan kerjasama ini, TSM tidak mahu lepaskan peluang. Mereka terus merancang untuk pergi ke platform yang lebih besar untuk mendominasi mobile esports.

Sumber: EsportsTalk

Walau bagaimanapun, TSM masih tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk mengembangkan sayap mereka di SEA. Southeast Asia sememangnya popular dengan permainan mudah alih. Namun, TSM lebih fokus untuk menempah nama di Brazil, America Utara dan India. 

Selepas TSM dan FTX menandatangi perjanjian kerjasama selama 10 tahun pada Jun lalu, semestinya TSM mahu mengembangkan lagi penjenamaan mereka di peringkat global. Diharapkan kerjasama yang dibuat di antara organisasi ini dijayakan dengan baik.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *