MEMUAT

Taip untuk mencari

Tidak menghormati pemergian Siti Sarah, Aisar Khaled mohon maaf

atq_hyprgame
Kongsi

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan peninggalan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang merupakan isteri kepada pelawak tanah air, Shuib.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos 2021 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), jam 5.13 pagi disebabkan oleh jangkitan kuman di seluruh paru-paru akibat Covid-19. Beliau juga sempat melahirkan seorang cahaya mata lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar. 

Ketika rakyat Malaysia sedang berduka cita atas pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, terdapat kelakuan yang kurang beradab oleh seorang pelakon dan selebriti media sosial, Aisar Khaled apabila beliau memuat naik satu video di Youtube.

Tentunya video yang telah tular di media sosial itu mendapat kecaman yang hebat dari netizen. Aisar Khaled, 21, didakwa menjadikan video ziarah di luar pagar tanah perkuburan itu sebagai satu konten demi mengaut tontonan dia laman Youtube miliknya.

Sikap itu dianggap tidak wajar dan sama sekali tidak dapat diterima oleh kerana ketiadaan nilai sensitiviti dalam dirinya. 

Selepas kecaman yang diberikan dan amaran untuk beliau menurunkan video tersebut tular di media sosial, Aisar membuat permohonan maaf secara terbuka di platform media sosial miliknya. 

“Assalamualaikum semua. Saya telah pun padam video tersebut. Saya mintak maaf sangat-sangat atas keluarga arwah dan juga tidak berfikiran jauh sebelum muat naik video tersebut”

“Tak akan mengulangi lagi. Minta maaf ya semua. Minta maaf lagi sekali… saya sedar kesilapan saya.” 

Walaupun pemintaan maaf sudah dibuat oleh Aisar, kelakuannya tetap menjadi bualan. Kesilapan yang ditunjukkan oleh beliau sama sekali tidak wajar sebagai seorang individu yang waras akal fikirannya.

Suami kepada Allahyarham Siti Sarah juga ada meluahkan rasa kesal dan marah terhadap individu yang menjadikan berita dukacita itu sebagai ‘konten’ dan ‘modal’ di Youtube.

Dikesempatan ini, sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Siti Sarah Raisuddin. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Kami di Hyprgamemy mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *