MEMUAT

Taip untuk mencari

Ejen Jett dikenakan Nerf lagi ?!

Kongsi
Ejen Jett dikenakan Nerf lagi ?!

Riot Games sekali lagi telah melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap salah satu ejen terbaik mereka yang sering kali diguna pakai di setiap perlawanan di mana-mana peta permainan.

Perubahan yang ketara ini telah dilakukan terhadap ejen Jett yang merupakan ejen paling agresif di dalam permainan di dalam patch 4.08 yang akan datang tak lama lagi.

Perkara ini telah menjadi bualan hangat di kalangan komuniti Valorant yang ada menyetujui tindakan Riot dan ada juga yang beranggapan bahawa Riot telah membuat mereka kehilangan keseronokkan untuk bermain lagi.

Seperti yang dimaklumkan ini merupakan patch yang paling teruk buat Jett, pada Act terdahulu Jett telah menerima pengubahsuaian yang agak besar dan telah memberikan ejen tersebut sedikit kekurangan mobiliti dalam permainan. Sebelum ini jett, mempunyai 3 smokes dan delay diantara skill dashnya adalah singkat untuk memegang senjata semula. Tambahan lagi, Ultimate Knife (Right Click) yang sentiasa menjadi senjata paling binasa di dalam permainan turut di buang daripada ejen tersebut.

Pada patch 4.08 yang akan datang, Riot Games telah mendedahkan bahawa Jett tidak lagi akan berfungsi seperti sediakala. Akan datang, Jett harus mengaktifkan skillnya (Dash) sebelum menggunakan untuk melarikan diri atau membuat serangan mengejut. Tetapi yang membuatkan ia lebih parah adalah ketika skill dashnya di aktif ia mempunyai beberapa saat sebelum skill itu tidak dapat digunakan.

Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang berpuas hati dengan tindakan Riot Games untuk melakukan Nerf terhadap ejen yang sangat berkuasa dan agresif itu. Menurut mereka, setiap pengguna Jett selalunya akan bermain dengan sangat agresif jika memegang (Operator) dengan Nerf yang dikenakan ini mungkin mampu untuk memberi peluang kepada ejen duelist yang lain untuk tampil dalam permainan semula.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *