MEMUAT

Taip untuk mencari

J Hunter dan OnTheGo akan mengulas MPL musim ke 10

Kongsi
J Hunter dan OnTheGo akan mengulas MPL musim ke 10

Pengulas PUBG Mobile professional Azrul Anwar “J Hunter” dan Partibhan Petchayappen “OnTheGo” merupakan duo caster yang sangat berpengalaman dan juga disukai oleh orang ramai. Mereka juga telah berkecimpung di dalam bidang ini untuk bertahun lamanya.

Mereka bermula untuk menjadi seorang pengulas semasa zaman Dota 2 yang ketika itu sangat meriah dengan sambutan yang ditunjukkan oleh komuniti Malaysia. Kemudian, OnTheGo dan J Hunter beralih ke permainan mudah alih (PUBG Mobile) untuk meneruskan karier mereka di platform yang baharu.

Dikenali sebagai pengulas terbaik di Malaysia, malah mereka juga menjadi sebutan di komuniti negara lain. Bakat yang ditunjukkan oleh mereka, telah menarik perhatian penonton untuk menonton sebarang kejohanan yang di ulas oleh mereka. Debaran dan juga intonasi yang dilontarkan oleh kedua-dua pengulas ini sangatlah jelas, malah diselitkan juga dengan bahan jenaka yang dibuat secara spontan.

Credit : GamingMalaya

Terbaru, OnTheGo telah menulis satu ciapan di laman Facebook beliau, yang mengatakan bahawa beliau dan J Hunter ingin mengulas permainan MOBA bagi melepaskan rindu dan geram mereka.

Walau bagaimanapun, ini bukan bermaksud bahawa OnTheGo dan J Hunter bakal meninggalkan platform PUBG Mobile. Mereka hanya ingin melepaskan rindu untuk mengulas 1 atau 2 match sahaja di dalam MPL musim ke 10. Apakah kita akan melihat gandingan berbisa ini muncul sebagai pengulas di MPL musim hadapan?.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya