MEMUAT

Taip untuk mencari

PMPL MYSGPH S5: Welcome! TSXylynMX rasmi sertai Team Secret

atq_hyprgame
Kongsi

Selepas pengeluaran Jumper dari organisasi e-sukan Team Secret, rata-rata daripada komuniti PUBG Mobile Malaysia ingin mengetahui pemain mana yang akan menggantikan posisi Jumper di dalam Team Secret. 

Sebelum ini ada khabar angin menyatakan bahawa FRGAdikluq merupakan pemain yang akan melengkapkan roster Team Secret. Tetapi selepas Farang Lejund mengumumkan roster lengkap mereka di PMPL MYSGPH S5 & roster tersebut masih diisi oleh FRGAdikluq, khabar angin itu akhirnya ditepis.

Sumber: Team Secret

Selamat datang, TSXylynMX ke dalam roster Team Secret!

Teka-teki tentang siapakah pemain yang akan menggantikan posisi Jumper di dalam Team Secret sudah terjawab! Team Secret akhirnya mengumumkan kemasukan pemain ke-6 mereka, TSXylynMX yang akan memegang posisi yang pernah dipegang oleh Jumper sebelum ini. 

Fardeen Khan bin Mohd Shahril atau lebih dikenali sebagai Xylyn tidak pernah menyertai mana-mana pasukan sebelum ini. Tetapi beliau dikhabarkan pernah mengikuti sesi tryout bersama dengan pasukan HomeBois. Mungkin dalam kalangan pemain profesional, ada yang mengenali beliau. 

Xylyn ada juga memuat naik beberapa content TikTok bersama dengan pemain profesional PUBG Mobile Malaysia seperti Vokey (4Rivals Alliance), Adikluq (Farang Lejund) & Mika (EVOS Vip). Dalam content tersebut, boleh lihat bahawa Xylyn ada bakat yang dicari oleh Team Secret.

@xylynnn_

trio maut 😈 @imranvokey @secretmikaboy

♬ original sound – Niel ke tu? – 𝙎𝙆𝙀𝙔
Sumber: TikTok @ xylynnn_
@xylynnn_

segitu doang kah 🗿@frgadikluq1 @syamilhehe @iamarsyad

♬ galau jadi hilang – Veep
Sumber: TikTok @ xylynnn_

Pemain 16 tahun ini akan memulakan karier beliau bersama dengan Team Secret di PMPL MYSGPH S5. Ini merupakan peluang terbesar buat Xylyn untuk tampil bersama dengan salah satu pasukan gergasi di PMPL MYSGPH S5. 

Roster Team Secret kini akan dilengkapkan oleh 6 barisan pemain iaitu Madtoi, Fredo, iShotz, Kid, Y2K & Xylyn. Y2K juga akan bertindak sebagai analisis Team Secret selain daripada menjadi pemain simpanan pasukan itu. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *