MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL ID S9: Lengkap! EVOS Legends siapkan 10 pemain dalam roster

atq_hyprgame
Kongsi

Akhirnya, roster yang paling dinanti-nantikan oleh komuniti MLBB Indonesia di MPL Indonesia S9; roster EVOS Legends! Selepas penurunan Wannn & LJ dari EVOS Legends, pasukan itu telah membawa masuk beberapa pemain baru dalam line up mereka. 

Posisi
ZeysCoach
VellionAnalisis
LuminaireMidlaner/Support
AntimageEXP Laner
CloverMidlaner
FerxiicJungler
RektRoamer
FalahGoldlaner
VaanstrongGoldlaner
DreamsRoamer
Cr1teMidlaner
WyvorzEXP Laner
Sumber: EVOS Esports

Seperti yang kita tahu, EVOS Legends adalah salah satu pasukan besar di Indonesia yang pernah mengangkat scene kompetitif MLBB Indonesia selepas menjadi juara dunia MLBB pertama. Itu merupakan titik permulaan perkembangan kompetitif MLBB di Indonesia. 

Dengan mempersiapkan 10 barisan pemain dalam roster mereka, EVOS Legends lebih dari bersedia untuk dapatkan kejuaraan ketiga di MPL!

Sumber: EVOS TV

Penambahan pemain baru dalam roster EVOS Legends — Dreams, Cr1te & Wyvorz

Rata-rata komuniti mengenali sebahagian besar nama pemain EVOS Legends dari musim terdahulu. Hanya Wannn & LJ sahaja yang tidak bersama dengan roster EVOS di MPL Indonesia S9. Pemain EVOS Legends yang lain masih bersama dengan EVOS Legends.

Kemasukan 2 pemain; Dreams & Cr1te juga bukanlah berita yang mengejutkan kerana sebelum ini memang ada khabar angin yang mengatakan bahawa 2 pemain ini akan bergabung dengan EVOS Legends. Dreams adalah pemain Roamer yang tidak asing lagi. Beliau memiliki semua ciri yang diperlukan oleh EVOS Legends.

Sumber: EVOS TV

Cr1te merupakan pemain bagi pasukan Kings Esports di MDL. Mungkin nama beliau tidak asing lagi dalam komuniti MLBB Indonesia kerana Cr1te pernah sertai Bigetron Alpha ketika di MPL Indonesia S4 dengan memegang nama sebagai 3yy. Untuk bekas Roamer bagi pasukan Bigetron Alpha, Dreams juga pernah dikatakan akan bergabung dengan EVOS Legends & khabar angin tersebut ternyata tepat!

Nama yang memang baru dalam roster EVOS Legends adalah Wyvorz. Beliau datang dari MDL bagi pasukan EVOS Icon. Melihat dari apa yang dikatakan oleh ONE Esports, pemain ini tidak dijangka akan berlabuh ke dalam EVOS Legends. 

Adakah 10 pemain ini akan memberi harapan baru untuk EVOS Legends mendapatkan kejuaraan di MPL Indonesia S9?

Sumber: EVOS TV

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *