MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Ciku berehat dari MPL S9? Tiada dalam roster Todak?

atq_hyprgame
Kongsi

Berehatnya Ciku dari MPL Malaysia S9 bukanlah sekadar ‘khabar angin’ kerana Ciku sendiri banyak kali menyatakan di livestream bahawa beliau memang akan berehat untuk musim ini. Kini, tanda tanya tentang status Ciku berehat di MPL Malaysia S9 hampir tepat.

Pemain Jungler bagi pasukan Todak, Muhammad “Ciku” Danial bin Mohamad Fuad tidak pernah lagi terlepas dari menjadi perwakilan di M Series. Itu sudah cukup untuk menunjukkan kualiti yang ada pada seorang Ciku. 

Walaupun sudah 2 musim berturut Todak menamatkan kedudukan di tempat ke-2, pasukan itu masih mampu membuktikan bahawa mereka adalah pasukan MLBB yang sentiasa konsisten di dalam MPL. Dengan barisan pemain yang mereka ada sekarang, tidak mustahil unit ini akan lebih kuat di MPL Malaysia S9. 

Sumber: Mobile Legends Esports

Ciku tiada dalam roster Todak di MPL Malaysia S9? 

Todak masih belum lagi mengumumkan roster lengkap mereka untuk MPL Malaysia S9. Tetapi, sudah hampir pasti bahawa mereka akan mengekalkan barisan pemain yang sama pada musim ini lebih-lebih lagi apabila pasukan itu berhasil menunjukkan performa terbaik di Kejohanan Dunia M3.

Dari barisan pemain yang dimuat naik di laman rasmi MPL Malaysia, memang Ciku tiada dalam roster Todak. Dalam laman tersebut, barisan pemain bagi pasukan Todak terdiri daripada 4Meyz, Moon, Momo, Yums, Ajiq & Moyy.

Status rehat Ciku juga hampir tepat kerana kesemua pasukan MPL Malaysia S9 telah menghadiri sesi media. Jadi, boleh hampir pasti bahawa itu adalah barisan pemain Todak di MPL Malaysia S9. Posisi Jungler akan diambil alih oleh Ajiq yang juga merupakan main Jungler pada musim lalu.

Sumber: MPL Malaysia

Bolehkah Todak menyerlah tanpa Ciku sebagai Jungler mereka? 

Ketiadaan Ciku di MPL tentu akan membuat peminat Todak berasa sedikit kecewa lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri yang menyatakan tentang status rehat tersebut. Namun, untuk musim ini, tiada perwakilan di M4. Mungkin ia masa yang sesuai untuk Ciku berehat sebentar. 

Todak adalah pasukan yang paling konsisten & mereka memiliki kelebihan dari segi ‘chemistry’ & ‘kesefahaman’ yang tinggi. Itu adalah 2 perkara yang membezakan Todak dengan pasukan lain. Kalau dilihatkan ketika mereka berlatih bersama di classic/ranked, boleh tahu bahawa pemain pasukan Todak ada toleransi yang baik.

Sumber: Todak MLBB
Sumber: Todak MLBB

Mereka sudah sedia kuat dengan adanya pemain Jungler (Ciku) yang banyak memberi kejutan dengan hero & meta luar biasa beliau. Dan, tanpa Ciku untuk musim ini juga, Todak sudah cukup mampu untuk terapkan kekuatan yang sama. Ketiadaan Ciku akan membuka peluang untuk Ajiq menggantikan posisi beliau sebagai full time Jungler. 

Buat masa sekarang, Todak masih lagi belum mengumumkan roster mereka. Walaupun berita ini hampir pasti tetapi marilah kita sama-sama tunggu roster rasmi Todak di MPL Malaysia S9 yang pasti akan diumumkan tidak lama lagi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *