MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , , , , ,

Febby beri hint Ana akan comeback, kemungkinan bermain di SEA!

atq_hyprgame
Kongsi

Adakah Ana akan membuat comeback di scene kompetitif Dota 2 & bermain untuk pasukan SEA?!

Tour pertama Dota Pro Circuit (DPC) 2021-22 di SEA baru sahaja tamat. Banyak kekecewaan berlaku di SEA, termasuk pasukan T1 yang hanya meletakkan kedudukan mereka di tempat 3 teratas & TNC tersingkir dari upper division.

Sementara perhatian hanya terkunci pada kekecewaan, berita baik pula muncul! Akhirnya kekecewaan peminat pasukan Asia Tenggara di Dota Pro Circuit (DPC) 2021-22 boleh bertenang seketika. 

Sumber: OG

Semasa livestream yang dilangsungkan oleh kapten TNC iaitu Kim “Febby” Yong-min, beliau memberi hint tentang kemasukan semula salah satu pemain terbaik Dota 2. Menariknya, Febby memberi hint bahawa Ana mungkin akan kembali ke dalam scene kompetitif tersebut.

“3 perkara mengenai rombakan roster. Rombakan roster SEA. Bersedia? Tiga perkara – A-N-A. Okay, itu tiga perkara,” — Febby

Sumber: Febby

Pasukan teratas SEA akan mengalami perubahan roster — Febby

Febby turut mengumumkan ada beberapa pasukan yang sudah pun berlatih dengan pemain baru. Beliau memberitahu bahawa perubahan dalam beberapa senarai roster sedang berlaku.

Kapten TNC itu juga menyatakan bahawa pasukan yang bertanding di Regional Finals adalah mereka yang melakukan beberapa perubahan roster. Bagaimanapun, beliau tidak menyebut pasukan mana yang menukar roster mereka.

Sumber: Valve

Walaupun, Febby ada menyebut bahawa BOOM Esports kemungkinan besar akan menukar roster mereka namun, Febby tidak menyebut perubahan itu bakal dibuat dari segi pemain. Ia sebenarnya sedikit mengejutkan kalau BOOM menukar senarai mereka kerana pasukan itu menduduki tempat pertama dalam Division 1.

Febby juga tidak menyebut pasukan mana yang akan memiliki Ana, pemain terbaik Dota 2 yang telah pun mengumumkan persaraan beliau pada tahun lalu. Ana telah bersara secara rasmi daripada pro-scene pada Jun 2021. Kali terakhir, beliau ada bermain beberapa permainan dengan pasukan OG semasa musim kedua DPC.

Sumber: OG

Semasa beliau dalam tempoh bersara, Ana dilihatkan banyak bermain di rantau SEA. Ramai juga memerhati bahawa beliau telah bermain dengan Topson dalam beberapa permainannya. Adakah beliau akan membuat comeback di scene Dota 2 & bermain untuk pasukan SEA seperti T1? Fnatic? Boom? TNC? 

Jika benar Ana akan membuat comeback di pro-scene, ini merupakan berita baik untuk pasukan yang beliau akan sertai nanti!

Ana adalah pemain Dota 2 yang sangat berbakat & juga pemegang rekod juara The International 2 kali berturut bersama dengan pasukan OG. Beliau juga diberi gelaran GOAT (Greatest of All Time) sepanjang beliau membina kariernya sebagai pemain profesional Dota 2.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *