MEMUAT

Taip untuk mencari

Isfan Wijaya berpisah dari Bigetron Red Alien

Kongsi
Isfan Wijaya berpisah dari Bigetron Red Alien
Credit : indoesport.com

Pengurus pasukan Bigetron Red Aliens Isfan Satria Wijaya atau lebih mesra dengan panggilan Isfantasea telah berpisah dengan pasukan PUBG Mobile terbesar di Indonesia Bigetron Esport setelah 2 tahun 11 bulan bersama organisasi tersebut.

Kenyataan ini telah dibuat oleh Bigetron Esport sendiri di sosial media mereka, dan berterima kasih kepada Isfantasea yang telah membimbing pasukan itu sehabis baik sepanjang beliau menjadi pengurus pasukan itu semenjak tahun 2019. Sumbangan yang diberikan oleh Isfantasea sangat besar di dalam organisasi malah beliau juga merupakan satu-satunya watak yang membangunkan chemistry pemain-pemain pasukan itu.

Sumber : Insta Bigetron Esport

Sebagai pengurus, Isfan berjaya membawa pasukan itu menjadi juara di PUBG Mobile World League S0, PMCO Global Finals dan juga beberapa juara di kejohanan PMPL ID. Pencapaian yang cemerlang, semestinya mempunyai individu yang memainkan peranan penting di dalam pasukan dan itulah Irfan Satria Wijaya.

Sumber : YT Bigetron TV

Terdapat pelbagai inisiatif yang dibuat oleh Isfan sepanjang pengurusannya di Bigetron Red Aliens. Beliau merapatkan diri dengan pemain dan semestinya sebagai pengurus, beliau harus menjadi jalan penyelesaian kepada pemain-pemainnya. Isfan juga mengenali setiap watak dan juga perangai pemain-pemainnya malah beliau menganggap mereka adalah keluarganya sendiri.

Isfan akan melanjutkan perjalanannya sendiri dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga Bigetron Esport, dan mendoakan semoga Bigetron Esport terus maju jaya dan kekalkan hubungan ini meskipun beliau tidak bersama Bigetron lagi. Kehilangan Isfan semestinya memberi impak yang besar terhadap keluarga Bigetron.

Isfan akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang streamer buat sementara waktu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *