Berita yang mengejutkan buat peminat-peminat DOTA 2 di serata dunia selepas Talon Esport mengumumkan 2 pemain mereka kini berpisah dari pasukan itu.
Pemain bintang yang berasal dari Filipina iaitu Kim “Gabbi” Villafuerte dan kapten pasukan mereka iaitu Tal “Fly” Aizik telah berpisah daripada pasukan Talon Esports, perkarana ini diumumkan dilaman rasmi milik mereka semalam.
Mereka mengatakan bahawa “pemain dan pihak pengurusan tidak dapat bertemu secara mata ke mata dek kerana keadaan yang sentiasa berubah”
Memandangkan wabak COVID-19 yang semakin merebak dan terdapat varian-varian yang baru seperti Omicron, hal ini sedikit sebanyak menjejaskan kancah persaingan di DOTA 2.
Mereka percaya bahawa kedua-dua pemain dan pihak pengurusan harus berkongsi pemikiran dan nilai yang sama untuk mereka tempuhi dan harungi sepanjang tahun ini. –Pengumuman Talon
Senarai pemain yang kekal di Talon Esport:
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!