MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Digelar Spring Split, MPL KH S2 mulakan regular season 26 Februari ini

atq_hyprgame
Kongsi

MPL KH merupakan usaha Moonton untuk menambah lagi Liga MPL di dalam Asia Tenggara disebabkan oleh reputasi yang dimiliki oleh negara Asia Tenggara di dalam scene kompetitif Mobile Legends. 

Penambahan Kemboja di dalam Liga MPL sedikit sebanyak memberi lebih banyak saingan baru. Kita dapat lihat See You Soon berjaya menjadi pasukan pertama yang menjuarai MPL KH S1 & meluaskan lagi nama mereka di kejohanan dunia MLBB, M3 Championship. 

Walaupun See You Soon tidak mendapat kedudukan terbaik di M3, tetapi mereka telah membina satu penanda aras di wilayah mereka sendiri. Penanda aras yang dibina oleh See You Soon akan memberikan persaingan yang lebih sihat dalam scene kompetitif MPL KH itu sendiri. 

Sumber: MPL KH

Ketika MPL KH S1, kejohahan itu pernah disiarkan di pelbagai saluran TV sukan negara termasuk CSTV, BTV, TV3 & SEATV. Liputan tersebut mendapat capaian melebihi 10.7 juta & jumlah jam tontonan sebanyak 1.36 juta.

Kali ini, MPL KH S2 akan digelar Spring Split 2022 sama seperti MPL MENA. Mungkin ianya akan dibahagi kepada dua bahagian iaitu Spring & Split. Mengikut tradisi, MPL akan diselenggara sebanyak 2 musim untuk satu tahun.  

Sebelum ini, komuniti MLBB Kemboja hanya melihat tempoh playoffs yang pendek semasa MPL KH S1, kini, di MPL KH S2, tempoh regular season & playoffs akan lebih panjang. Ia bertujuan untuk memberi lebih banyak peluang kepada pasukan lain merebut kejuaraan MPL KH S2.

MPL KH S2 akan berlangsung dari 2 Januari sehingga 24 April bagi Spring Split 2022. 

Road MapTarikh
Pendaftaran Terbuka2 Januari — 11 Januari
Kelayakan Terbuka13 Januari — 21 Januari
Regular Seasons26 Februari — 28 Mac
Playoffs9 April — 24 April 

Buat masa kini, terdapat 4 pasukan terbaik ketika di MPL KH S1. Mereka adalah See You Soon, Impunity KH, Diversity Gaming Quantum & BURN Gaming.

Sumber: MPL KH

Dengan adanya Liga MPL yang berterusan seperti ini, ia akan membuka lebih peluang & semangat buat pasukan-pasukan lain. Moonton banyak merealisasikan Liga MPL di wilayah-wilayah baru seperti Brazil, MENA & Kemboja.

Disebabkan scene kompetitif Mobile Legends: Bang Bang semakin berkembang, wajar untuk Moonton meluaskan lagi Liga MPL.

Informasi lanjut tentang MPL KH S2 boleh dilihat di laman rasmi MPL KH. Mobile Legends: Bang Bang juga akan terus menerus memberi kemaskini mengenai MPL yang bakal berlangsung. Buat masa kini, kelayakan terbuka bagi MPL MY & MPL MENA telah pun dibuka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *