MEMUAT

Taip untuk mencari

Pemain Forza 5 di Banned 8ribu tahun

Kongsi
Pemain Forza 5 di Banned 8ribu tahun

Seorang pemain Forza Horizon 5 telah di ban selama 8 ribu tahun oleh permainan itu. Pemain yang kreatif itu telah dikenakan tindakan ban selepas beliau membuat pelekat kereta yang berwatakkan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un yang bertemakan Kentucky Fried Chicken(KFC).

Kreativiti dalam dunia maya ini bukanlah benda yang baharu. Tetapi ciptaan itu berada di tahap yang berlainan dan perkara itu ibarat sedang mengapi-apikan negara itu. Beliau juga turut mereka pelekat kereta yang seakan menyindir pemerintah Korea Utara itu.

Credit to : GeekCulture.co

Walau bagaimanapun, nampaknya tidak semua orang bersetuju dengan jenaka ini, dan pengguna diharamkan selama hampir 8000 tahun, tepatnya 7978 tahun, untuk kesalahan kali pertama. Siaran itu juga menyatakan bahawa larangan itu bukanlah tindakan pemaju Playground Games disebalik Forza Horizon 5, tetapi pasukan penguatkuasa Turn 10 Studios, studio lain yang bekerja pada francais itu.

Maklum balas komuniti terhadap kejadian ini tidak lah terlalu serious, memandangkan perkara ini hanyalah jenaka yang dibuat dalam permainan video sahaja. Tetapi ada juga segelintir yang tidak menyokong perkara itu yang telah menyindir pemerintah negara yang mampu mengancam nyawa seseorang, lebih-lebih lagi melibatkan Korea Utara.

Pastikan anda mengelak daripada bahan kontroversi sebegitu, atau anda boleh menjadi orang seterusnya yang di banned oleh developer untuk sekian lamanya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *