MEMUAT

Taip untuk mencari

Direktor Fnatic SEA undur diri daripada organisasi

Kongsi
Direktor Fnatic SEA undur diri daripada organisasi

Pengarah dan pengurus pasukan organisasi terkenal Fnatic bahagian Asia Tenggara. Eric Khor “ReiNNNN” telah mengundurkan diri daripada jawatannya selepas enam tahun bersama organisasi itu. Perkara itu telah pun diumumkan oleh organisasi Fnatic sendiri di lama Facebook rasmi mereka pada 30 November 2021.

Eric Khor menyertai Fnatic pada 2015 dan telah membantu pasukan Dota 2 Asia Tenggara itu berkembang menjadi pasukan yang terkuat di rantau ini.

Beliau juga telah membawa pasukan Dota Fnatic bertanding dalam 12 Majors berturut-turut dan memasuki The International (TI) dalam enam tahun berturut-turut dari 2015 hingga 2021, dan pencapaian terbaik mereka semasa TI6 di tempat ke 4.

Eric Khor juga telah membantu Fnatic mengumpulkan beberapa nama terbesar di Asia Tenggara di bawah sepanduknya.

Selama 6 tahun berkhidmat untuk organisasi itu, Fnatic telah menyenaraikan pemain-pemain seperti :-

  • Chai “Mushi” Yee Fung
  • Djardel “DJ” Mampusti
  • Yeik “MidOne” Nai Zheng
  • Marc Polo “Raven” Fausto
  • Abed “Abed” Yusop
  • Daryl Koh “iceiceice” Pei Xiang
  • Anucha “Jabz” Jirawong
  • Nuengnara “23savage” Teeramahanon
Credit : FB Fnatic Dota

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada [Eric Khor] atas dedikasi dan kerja kerasnya selama lebih enam tahun bersama Fnatic di SEA. Di bawah pengawasannya, kehadiran Fnatic dalam Dota telah menghasilkan detik-detik yang benar-benar diingati dan bersejarah… Dengan enam penampilan TI berturut-turut dan tidak terkira banyaknya. LAN lain, dedikasi, bimbingan dan visi Eric membentuk apa yang telah menjadi Fnatic di SEA,” kata Fnatic dalam satu kenyataan di halaman Facebook rasmi pasukan Dota 2 mereka.

Khor akan digantikan oleh Paolo Bago “KTM”  sebagai pengarah pasukan Fnatic Dota 2. Bago sebelum ini berkhidmat sebagai penganalisis dan jurulatih pasukan pada 2019 dan sebagai jurulatih prestasi mereka semasa TI10.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *