MEMUAT

Taip untuk mencari

Clutch 2 pasukan, pemain terakhir STE bawa pasukannya juara PEL S4

atq_hyprgame
Kongsi

Akhirnya kejohanan PUBG Mobile China iaitu Peacekeeper Elite League (PEL) 2021 S4 telah pun melabuhkan tirai mereka selepas STE dinobatkan sebagai juara. 

Sumber: PEL Official

Sebagai juara Peacekeeper Elite League (PEL) S4, Six to Eight (STE) akan membawa pulang wang tunai sebanyak $386,390 USD (kira-kira RM1,600,000).

Manakala pemegang MVP Regular Season diberikan kepada pemain STE iaitu Lin “33z” Zhichao. Beliau akan membawa pulang wang tunai sebanyak $31,287 USD (kira-kira RM130,000) untuk dirinya. 

Seperti yang sedia tahu, scene PUBG Mobile di China sememangnya lebih sengit berbanding dengan negara-negara lain. Boleh dikatakan dalam scene PUBG Mobile China, semua pasukan mampu untuk merangkul kejuaraan. 

Pusingan akhir Peacekeeper Elite League (PEL) 2021 S4 merupakan satu pusingan di mana semua pasukan mampu merangkul kejuaraan terutamanya bagi pasukan STE & TC. 

Sumber: PEL Official

STE & The Chosen (TC) beri performa yang paling baik sepanjang PEL S4

Tidak dapat dinafikan, The Chosen (TC) merupakan antara pasukan kegemaran dan harapan untuk menjuarai PEL S4 sekali gus mara ke PMGC 2021. Sumpahan tempat kedua The Chosen (TC) kembali buat kali kedua selama dua musim berturut-turut.

The Chosen (TC) sebenarnya mempunyai peluang untuk menjuarai PEL S4 kerana di awal permainan TC mendahului mata pasukan STE . Tetapi, momentum konsistensi yang diberikan oleh pasukan Six to Eight (STE) sangat luar biasa.

Di perlawanan terakhir, STE benar-benar menguasai arena dengan baik apabila pemain terakhir pasukan mereka clutch 2 pasukan berseorang — TC & PAI. 

Itu merupakan antara momen yang paling balik dalam sejarah PUBG Mobile. Clutch yang didapatkan oleh pemain terakhir STE berjaya membawa pasukan itu ke PMGC 2021.

Sumber: PEL Official
Sumber: PEL Official

The Chosen Suk dinobatkan sebagai FMVP PEL S4 

Dapat dilihatkan bahawa The Chosen merupakan pasukan yang mampu untuk menjuarai PEL S4 apabila TC Suk dinobatkan sebagai FMVP PEL S4. 

Walaupun menamatkan kedudukan di tempat kedua selam 2 musim berturut-turut, pasukan itu akan membawa pulang wang tunai bernilai $142,354 USD (kira-kira RM600,000). 

Manakala sebagai pemegang FMVP, TC Suk yang telah menunjukkan konsistensi permainan akan membawa pulang wang tunai sebanyak $31,287 USD (kira-kira RM130,000) untuk dirinya. 

Sumber: PEL Official

3 pasukan China yang akan berentap di Liga Timur PMGC 2021

Tiga pasukan China akan bersaing dalam PMGC: 2021 Liga Timur iaitu STE, Nova Esports & Tong Jia Bao Esports. 

Di PMGC 2021 pada kali ini, rata-rata dari komuniti PUBG Mobile mahu melihat aksi pasukan China kerana mereka memberi saingan yang luar biasa di scene PUBG Mobile sejak dulu lagi. 

Selain dari STE, pasukan yang sering diperkatakan dalam komuniti PUBG Mobile adalah Nova Esports. Pernah menjuarai PMGC 2020, Nova Esports menjadi salah satu pasukan yang digeruni. 

Nova Esports menamatkan kedudukan di tempat ke-6 di PEL S4 & memperolehi 8 Championship Points (CP) pada musim ini. Keseluruhan jumlah Championship Points (CP) yang dikutip oleh Nova Esports pada musim ini adalah sebanyak 40 PEL CP.

Disebabkan oleh pengumpulan PEL CP yang tinggi, Nova Esports menjadi pasukan kedua yang layak ke PMGC 2021 selepas STE.

Sumber: PEL Official

Tong Jia Bao Esports merupakan satu lagi pasukan dari China yang telah dijemput ke PMGC 2021. Pasukan itu layak ke PEC 2021 tetapi acara itu dibatalkan kerana pandemik COVID 19. Jadi, TJB telah pun menerima jemputan terus di Liga Timur PMGC 2021. 

Liga PMGC bagi Liga Timur dan Barat akan bersiaran langsung secara eksklusif di Youtube PUBG Mobile  pada 30 November ini! Akan ada 18 siaran lokal yang akan bersiaran secara eklusif bagi PMGC 2021.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *