MEMUAT

Taip untuk mencari

Todak sedia Labur jika MPL Malaysia beralih ke Liga Francais

atq_hyprgame
Kongsi

Todak, satu-satunya pasukan Malaysia yang menjejakkan kaki ke kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang sebanyak 3 kali berturut sedia untuk melabur di Liga Francais. 

Sebelum berangkat ke Singapura untuk menghadiri M3 Championship, Pengurus Pembanguan E-sukan Todak, Radzi Rahman atau lebih dikenali sebagai Ikuto telah ditemu bual oleh Berita RTM. 

Sumber: Todak MLBB

Khabar angin tentang MPL Malaysia akan beralih kepada Liga Francais hangat diperkatakan sejak dari tahun 2020 lagi. 

Seperti yang sedia tahu, Liga Francais bukanlah perkara yang baru dalam Mobile Legends: Bang Bang. MPL Filipina merupakan negara kedua yang beralih ke Liga Francais selepas MPL Indonesia pada 2019.

Apa itu Liga Francais bagi Mobile Legends: Bang Bang? 

Liga Francais merupakan format kejohanan yang memerlukan sesebuah pasukan itu melabur dengan jumlah yang tertentu untuk mengikuti kejohanan tersebut. 

Dalam erti kata yang lain, Liga Francais adalah liga e-sukan berbayar. Ianya lebih tertutup. Untuk memasuki Liga Francais, ia akan lebih terbatas. Terdapat beberapa kriteria yang diperlukan untuk sesuatu pasukan masuk ke dalam Liga Francais. 

Todak sedia keluarkan modal besar jika MPL Malaysia beralih ke Liga Francais 

Dalam temu bual tersebut, Ikuto menyatakan bahawa Liga Francais mampu mewujudkan eko sistem yang lebih baik berbanding liga yang sedia ada termasuk pendapatan, faedah dan kontrak kepada pemain & pasukan. 

Ikuto juga menambah bahawa ia akan meningkatkan operasi penjenamaan dan pemasaran setiap pasukan

Sumber: Berita RTM

Menurut Pengurus Pembanguan E-sukan Todak, Radzi Rahman (Ikuto), 

“Pasukan kami bersedia untuk Sebarang perubahan yang berlaku. Bagi saya, sistem francais ini bagus bukan sahaja untuk keselamatan pasukan tetapi untuk pemain itu sendiri.” 

Faktor kewangan merupakan sebab utama Liga Francais tidak dapat dilaksanakan di Malaysia buat masa kini.

Namun, prospek pulangan kepada pasukan yang terlibat turut menarik minat ramai pihak untuk melabur seperti yang dilaksanakan di MPL Indonesia & MPL Filipina.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *