MEMUAT

Taip untuk mencari

Topson, N0tail berehat dari kompetitif Dota 2 bagi pasukan OG

atq_hyprgame
Kongsi

Pasukan Dota 2 yang telah pun mendapatkan kejuaraan The International sebanyak dua kali berturut-turut, OG kini membuat reformasi besar-besaran dalam roster Dota 2 mereka. 

Terbaru, OG Esports mengumumkan bahawa Topson & N0tail akan berehat dari sebarang kompetitif Dota 2. Mereka juga tidak akan bertanding dalam DPC 2022 pada kali ini. 

Satu demi satu pemain bagi pasukan terbaik Dota 2 telah pun membuat keputusan untuk berehat dari sertai kompetitif Selepas berita bahawa Ceb bersara dari Dota 2, kini Topson & N0tail pula.

Sumber: OG Esports

Topson berehat dari kompetitif untuk bersama keluarga

Pada awalnya, OG mengumumkan bahawa Topson akan berehat dari bermain kompetitif untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga beliau. 

Topson mula sertai OG pada tahun 2018. Pada ketika itu juga OG berjaya merebut kejuaraan The International pertama mereka. 

Topson dikatakan tidak keluar dari OG atau bersara dari kompetitif Dota 2. Tetapi beliau tidak sertai OG di kompetitif Dota 2 pada musim yang akan datang. 

Sumber: OG Esports

Topson mengatakan bahawa,

“I wanna thank all the fans, everybody that’s been supportive all these years, even now when it’s been harder…It’s been really nice to have that fanbase, and I’m just gonna take a chill pill for a year or something, stream for you guys. Just have some chill vibes.” – Topias “Topson” Taavitsainen

OG telah pun mengalihkan Topson ke senarai roster tidak aktif. Topson juga berkemungkinan akan kekal bersama pasukan itu sebagai streamer & content creator. 

Sumber: OG Esports

N0tail berehat sebagai pemain untuk mentor roster Dota 2 OG & strim 

Dalam pasukan OG, siapa yang tidak kenal dengan Johan “N0tail” Sundstein. Beliau bukan sahaja pemilik bagi pasukan OG tetapi beliau merupakan pemain yang menyaksikan keseluruhan pencapaian OG.

Ketika OG mengumumkan bahawa N0tail akan berehat dari kompetitif, rata-rata dari peminat pasukan Dota 2 terbaik dunia itu berasa kecewa.

Menurut OG, selepas 35 Lans, 9 majors & 5 TI bersama dengan OG, kini tiba masa untuk legenda Dota 2 itu mengambil masa rehat daripada bersaing sebagai pemain. 

Sumber: OG Esports

N0tail mengatakan bahawa, 

“I’m personally taking at least a year off, taking a health break so to speak… For now, all I know is that I need a break. I’m very content, very happy. I’m lucky to have played with the guys I’ve played with for the past two years. I feel fulfilled. But I need a break.” – Johan “N0tail” Sundstein

Walaupun N0tail tidak sertai OG sebagai pemain pada kali ini, beliau akan memastikan bahawa OG roster pada musim yang baru lebih bersedia. N0tail akan bertindak sebagai mentor roster OG di DPC & The International pada musim ini. 

Menurut N0tail, 

“I think it is essential that veteran players work with new players and help them develop. After all, during all these many years we have learned so many things. About Dota, about becoming a good teammate, how it is to be a professional player. That knowledge needs to be shared. We don’t want the next version of OG to be a carbon copy of the current one. But we believe that if we can transfer what we know, and let them add to this, then the ceiling will be much higher, and we can help them get there quicker. Hopefully save them from some of our mistakes :)” –  N0tail

Sumber: OG Esports

Selamat berehat dari kompetitif buat Topson & N0tail. Semoga kita dapat lihat lagi Topson & N0tail bersama dengan OG di musim yang seterusnya!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *