MEMUAT

Taip untuk mencari

Dota 2 DPC 2022: Daftar pasukan & organizer rasmi bagi Liga Regional

atq_hyprgame
Kongsi

DPC 2022 akan memulakan kejohanan mereka dengan membuka Liga Regional bagi semua pasukan Dota 2 di wilayah masing-masing untuk ke acara utama DPC iaitu Major. 

Pasukan yang akan bersaing di DPC 2022 telah pun diumumkan. Kebanyakan organisasi e-sukan juga telah mula mengumumkan roster Dota 2 mereka. 

DPC 2022 bagi Liga Regional akan bermula pada 29 November ini. Pada kali ini, Valve telah mengumumkan bahawa terdapat 3 Major pada DPC kali ini. 

Namun bagi sistem Liga Regional, Valve masih mengekalkan sistem mereka seperti sebelum ini iaitu dengan menggunakan sistem Divisi I dan Divisi II

Penganjur rasmi yang akan langsungkan Liga Regional

Valve telah pun mengumumkan tentang beberap penganjur rasmi bagi Liga Regional yang akan diadakan mengikut wilayah masing-masing.

Penganjur bagi Liga Regional Amerika Utara adalah ESL One. Semua pasukan Amerika Utara yang ingin sertai DPC 2022 boleh menyertai Open qualifier pertama & Open Qualifier kedua yang dibuka oleh ESL One.

Sumber: ESL Dota 2
Divisi I — Pasukan Amerika UtaraDivisi II — Pasukan Amerika Utara
Quinchy CrewBumble bEEs
Evil GeniusesThe Cut
Team UndyingTeam DogChamp
4 Zoomersfelt
simply TOOBASEDElectronic Boys
Black N Yellow5ManMidas
D2 HustlersPemenang bagi Open qualifier pertama
Arkosh GamingPemenang bagi Open Qualifier kedua

Penganjur bagi wilayah Eropah Barat pula adalah produksi e-sukan Sweden, DreamHack. DreamHack akan kembali menjadi penganjur utama Liga Regional Eropah Barat dan penyiar DPC 2022.

Pasukan Dota 2 dari Eropah Barat yang ingin sertai tour DPC 2022 yang pertama boleh mengikuti Open Qualifier pertama & Open Qualifier kedua yang dianjurkan oleh DreamHack.

Sumber: DreamHack Dota 2
Divisi I — Pasukan Eropah BaratDivisi II — Pasukan Eropah Barat
AllianceBrame
Team LiquidCreepwave
Nigma GalaxyGhost Frogs
Team SecretTeam Bald Reborn
Tundra EsportsInto The Breach
OGNo Bounty Hunter
Team TicklesPemenang bagi Open qualifier pertama
COOLGUYSPemenang bagi Open Qualifier kedua

Bagi Eropah Timur, penganjur rasmi buat wilayah itu adalah EPICENTER. Sebelum ini, penganjur bagi 2021 AniMajor iaitu WePlay Esports menjadi pesaing penganjur yang besar di wilayah Eropah Timur. Dan merupakan antara penganjur yang terbaik.

Namun pada kali ini, penganjur Liga Regional bagi Eropah Timur dipegang oleh EPICENTER. Pasukan Eropah Timur yang ingin sertai DPC 2022 boleh mengikuti Open Qulifier pertama, kedua dan ketiga yang dianjurkan oleh penganjur rasmi Liga Regional EPICENTER.

Sumber: EPICENTER
Divisi I — Eropah TimurDivisi II — Eropah Timur
Virtus.ProWinstrike Team
Team SpiritFantastic Five
HellRaisersProsti Esli
Natus VincereB8
PuckChampNemiga Gaming
Team UniquePemenang bagi Open qualifier pertama
Team EmpirePemenang bagi Open Qualifier kedua
AS Monaco GambitPemenang bagi Open Qualifier ketiga

Buat masa kini, belum ada infomasi lanjut tentang penganjur Liga Regional bagi pasukan China, Asia Tenggara dan Amerika Selatan.

Menurut AFK Gaming, mereka mengatkan bahawa penganjur rasmi Liga Regional China dan Amerika Selatan adalah Perfect World & 4D Esports.

Informasi lanjut tentang penganjur rasmi & pasukan China, Asia Tenggara & Amerika Selatan di Divisi I & Divisi II akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Semua informasi tentang pasukan Dota 2 di Divisi I & Divisi II diambil & dibantu dari sumber Liquipedia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya