MEMUAT

Taip untuk mencari

Savior tidak lagi bersama dengan Team SMG sebagai jurulatih

atq_hyprgame
Kongsi

Muhammad Hazwan Abd Halim atau lebih dikenali sebagai Savior merupakan jurulatih bagi Team SMG. Setelah 3 musim bersama, Savior kini rasmi berpisah dari pasukan itu. 

Antara pencapaian terbaik Team SMG ketika Savior menjadi jurulatih mereka adalah apabila pasukan itu berjaya menjuarai kejohanan PUBG Mobile XOX Unity League 2021 Grand Final. 

Sumber: Team SMG

Belum berpeluang untuk mengangkat piala di pentas PMPL MYSG, Team SMG berjaya menamatkan kedudukan di tempat ke-5 di PMPL MYSG S4. Itu merupakan antara pencapaian terbaik mereka sepanjang musim PMPL berlangsung.

Team SMG juga dilihatkan sebagai pasukan yang sangat konsisten. Walaupun masih belum menjuarai PMPL, mereka merupakan antara pasukan lawan yang kuat dalam scene kompetitif PUBG Mobile Malaysia.

Sumber: Team SMG

Semalam, Team SMG telah memuat naik posting tentang perpisahan organisasi e-sukan itu dengan jurulatih PUBG Mobile Team SMG, Savior. Savior tidak lagi akan bersama dengan mereka di musim yang akan datang.

“Selepas 3 musim, kami akhirnya berpisah dengan jurulatih PUBG Mobile, Savior.”

“Terima kasih Savior. Ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan dan kami telah pun memdapatkan beberapa kemenangan. Semoga berjaya di perjalanan yang akan datang.”

Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Semoga berjaya di peluang dan perjalanan baru yang bakal datang, Savior!

Pasti akan ada lebih banyak lagi berita tentang alihan pemain, jurulatih dan kemasukan pemain-pemain baru menjelang PMPL MYSG S5 nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *