MEMUAT

Taip untuk mencari

COD: Mobile BR Worlds Invitational tawar kumpulan hadiah $100,000

atq_hyprgame
Kongsi

Kejohanan duo yang menampilkan streamer Call of Duty akan melibatkan 4 wilayah iaitu APAC, Eropah, Amerika Latin dan Amerika Utara. 

COD: Mobile Battle Royale Worlds Invitational yang pertama ini akan membawakan kumpulan hadiah sebanyak $100,000. Kejohanan ini akan berlangsung pada 9 Oktober dan 10 Oktober di 4 wilayah seluruh dunia. 

Sumber: Activision

Worlds Invitational ini merupakan sebahagian dari meraikan ulang tahun kedua Call of Duty: Mobile dan ia akan dimainkan di peta Blackout yang baru sahaja dilancarkan.

Call of Duty: Mobile India telah memuat naik satu posting di Twitter rasmi mereka tentang COD: Mobile BR Worlds Invitational. 

Namun, informasi lanjut tentang jumlah wang yang akan dibahagikan masih belum diumumkan oleh penganjur. Juga, nama-nama streamer yang bakal mewakili wilayah mereka juga masih belum diberitahu.

Setiap pusingan yang dimainkan di COD: Mobile Battle Royale Worlds Invitational akan bersiaran langsung di laman rasmi Youtube Call of Duty: Mobile. 

Berikut merupakan jadual bagi COD: Mobile BR Worlds Invitational: 

9 Oktober: 

  • Asia Pasifik (APAC)  — 4 petang waktu Malaysia
  • Eropah — 11 malam waktu Malaysia

10 Oktober: 

  • Amerika Latin (LATAM) — 4 pagi (11 Oktober) waktu Malaysia
  • Amerika Utara — 8 pagi (11 Oktober) waktu Malaysia

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *