MEMUAT

Taip untuk mencari

Todak League Musim 2 akan menampilkan PUBG Mobile dan MLBB

atq_hyprgame
Kongsi

Kini, Todak League akan kembali dengan Musim 2 di mana kejohanan itu akan menampilkan dua mobile games yang terkenal di Malaysia iaitu PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang. 

Kejohanan ini sememangnya memberi fokus yang penuh kepada PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang. Tidak dapat dinafikan bahawa PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang memberi impak yang besar dalam industri e-sukan di Malaysia. 

Dengan adanya kejohanan sebegini, Todak sedikit sebanyak memberi peluang buat bakat-bakat besar yang berbakat dalam PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang. 

Terdapat ramai anak muda yang mempunyai bakat dalam bidang e-sukan tapi belum mampu untuk berada di tahap yang tinggi.

Oleh itu, kejohanan yang diadakan oleh Todak ini sememangnya dapat memberi peluang yang luas buat bakat-bakat besar. 

Hadiah terkumpul yang ditawarkan di Todak League adalah sebanyak RM 33,000 bagi PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang.

Berikut merupakan informasi tentang Todak League bagi PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang:

Sumber: Todak
Sumber: Todak
Sumber: Todak

Pendaftaran bagi Todak League akan dibuka bermula pada 20 September sehingga 1 Oktober 2021. Manakala, kejohanan itu akan bermula dari 4 Oktober sehingga 17 Disember 2021. 

Untuk mendaftar, individu boleh layari laman web di: Todak League

Bagi mengetahui informasi yang lebih lanjut, boleh ke laman rasmi Facebook Todak.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *