Seperti yang kita sedia tahu pasukan-pasukan di negara China mendominasi kejohanan dunia PUBG Mobile, pasukan NOVA dan juga Four Angry Men mendapat tempat pertama dan kedua semasa PMGC 2020.
Satu video latihan telah dimuat naik di channel Youtube Final Circle yang menunjukkan dua pasukan gergasi iaitu pasukan NOVA dan juga LGD berlawan di satu kawasan yang sama berulang kali.
Mereka mempraktikkan cara untuk bertanding dropspot pihak lawan, dengan cara itu juga mereka dapat untuk memperbaiki kesilapan dan menajamkan taktikal dalam perlawanan. Di dalam video tersebut juga memaparkan POV (Point of view) daripada Paraboy dan juga ChengC.
Tidak hairanlah jika mereka selalu berlawan di dropspot pasukan lawan, ini kerana mereka telah mempraktikkan berulang kali untuk mengambil risiko awal bagi mendapatkan mata penyingkiran di minit awal.
Ini bisa membuka mata pasukan tanah air kita, untuk belajar sesuatu yang baharu dan boleh digunakan di kejohanan besar mahupun kecil. Latihan ini juga dapat memantapkan lagi kerja berpasukan dalam mengatasi situasi yang sengit.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!