MEMUAT

Taip untuk mencari

Wild Rift: Origin Series Championship diadakan di Stockholm

atq_hyprgame
Kongsi

Riot Games akan mengadakan League of Legends: Wild Rift Origin Series Championship 2021 untuk mobile games mereka di Stockholm, Sweden pada September ini. 

Sumber: League of Legends: Wild Rift

League of Legends: Wild Rift Origin Series Championship 2021 akan berlangsung pada 24 sehingga 26 September di Stockholm, Sweden

6 pasukan dari Europe, Middle East, North Africa, Turkey dan CIS akan berentap di League of Legends: Wild Rift Origin Series Championship 2021 untuk merebut gelaran juara dan prize pool.

Jumlah hadiah terkumpul untuk League of Legends: Wild Rift Origin Series Championship 2021 adalah sebanyak €300,000 ($352,000). 

Tetapi jumlah wang tunai yang akan diberikan kepada juara Wild Rift Origin Series Championship 2021 masih belum diketahui. Namun, juara bagi Wild Rift Origin Series Championship 2021 akan melayakkan diri ke Wild Rift World Championship

The Origin Series Championship mempunyai 3 stage iaitu group stage, knockout stage dan the finals

Group stage akan diadakan pada 24 September di mana 6 pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Mereka akan berentap untuk melayakkan diri ke stage yang seterusnya iaitu knockout stage. Di group stage, hanya 2 pasukan teratas dia setiap kumpulan yang layak ke stage yang seterusnya. 

Manakala, knockout stage akan berlangsung pada 25 September. 

Menurut Liquipedia, 6 pasukan yang akan pergi ke Wild Rift Origin Series Championship 2021 di Stockholm, Sweden adalah No Team No Talent, Team Queso, Game-Lord, NAVI, Unicorn Loves dan CUT Esports. 

Baru-baru ini, Berjaya Dragon dan Geek Fam berjaya melayakkan diri ke SEA Championship.

Pemenang bagi region SEA dan Ocenia dapat mengunci tempat mereka di Wild Rift World Championship. 

Sumber: Berjaya Dragons
Sumber: Geek Fam Wild Rift

Jadi, pasukan ini harus merebut kejuaraan di SEA Championship untuk mendapatkan slot di Wild Rift World Championship.

Semoga berjaya Berjaya Dragons dan Geek Fam!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *