MEMUAT

Taip untuk mencari

Duo terbaik, D2E & G9 akan menjadi “rival” di PMPL Thailand S4

atq_hyprgame
Kongsi

D2E & G9 merupakan pasangan kembar pemain profesional PUBG Mobile Thailand. Pasangan kembar ini pernah bersama-sama mewakili PMCO 2019 di Thailand dan dikenali sebagai “Best Duo”.

D2E & G9 yang bernaung di bawah organisasi e-sukan Rex Regum Qeon (RRQ) pernah juga menjadi Twitter Fan Favourite di PUBG Mobile Club Open: Spring Split Global. 

Kini, pasangan itu akan membuat haluan masing-masing di mana mereka tidak lagi bersama RRQ untuk PMPL Thailand S4 ini. 

Sumber: D2E

D2E akan membuat kemunculannya dengan Bacon Time. Pasukan ini layak untuk ke PMPL Thailand S4. Manakala, G9 juga akan membuat haluan beliau sendiri dengan menyertai pasukan Buriram United Esports

Baru-baru ini, Bacon Time dinobatkan sebagai juara AIS Esports Pro Series 2021 Season 1. Bagi pasukan Buriram Esports pula, pasukan ini pernah mewakili PUBG Mobile Invitational Series 2 dan memperoleh tempat ke-5. 

Kedua-dua kembar ini pernah bermain di dalam satu arena sebagai pasukan, kini, mereka tidak lagi akan bersama-sama di PMPL Thailand S4. 

Sumber: G9

Tentunya ini merupakan satu pengalaman baru buat D2E & G9 kerana mereka sudah pun mempunyai “chemistry” yang baik dan menjadi rakan sepasukan sejak dari 2019. 

Disebabkan pasukan Malaysia seperti Team Secret dan SEM9.GANK juga ada bermain di PUBG Mobile Invitational Series 2, tentunya peminat-peminat PUBG Mobile dari Malaysia mengenali pemain-pemain negara lain seperti di Thailand dan Indonesia.  

Selain dari Indonesia, Malaysia juga mengenali ramai pemain-pemain profesional dari Thailand seperti RRQ dan FaZe clan. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya