MEMUAT

Taip untuk mencari

Finger sleeve boleh digunakan di PMPL S4

atq_hyprgame
Kongsi

Hari yang ditunggu-tunggu iaitu Arena PUBG Mobile Pro League MY/SG Season 4 akan tiba esok. Terdapat pelbagai perubahan dari segi format permainan, mode dan yang terbaru, penggunaan “finger sleeve”

Finger sleeve merupakan objek yang digunakan untuk mengelakkan tangan daripada berpeluh apabila menyentuh skrin telefon dengan lama. 

Apabila berlaku sentuhan di antara jari dengan skrin telefon dalam tempoh yang lama, ia akan menyebabkan pergeseran yang mengakibatkan berlakunya “touching issues”.

Kini, finger sleeve boleh digunakan di arena PMPL S4 nanti. 

Menurut Pengurus E-sukan, “Alex Siu Hou” berkata bahawa pada PMPL S4 kali ini, penggunaan finger sleeve adalah dibenarkan. Sebelum ini, tiada peraturan tentang penggunaan finger sleeve di dalam PUBG Mobile. Ianya merupakan tambahan baru dalam PMPL S4 pada kali ini. 

Dalam kompetitif scene, memang ada pemain yang menggunakan finger sleeve. Kebanyakan pemain menggunakan finger sleeve untuk mengelakkan berlakunya “touching issue”.  

Antara streamer yang dilihat menggunakan finger sleeve adalah Geek Sane, pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Geek Fam. Jadi, penambahan baru finger sleeve di PMPL S4 akan memudahkan lagi pemain untuk mengelakkan dari berlakunya “touching issues”.

Terdapat pelbagai jenama finger sleeve yang boleh didapati seperti Black Shark dan Realme. Anggaran harga bagi 2 jenama ini adalah dari RM 18-RM 30. 

Sumber: Realme
Sumber: Black Shark

Walau bagaimanapun, pemilihan finger sleeve yang baik adalah mengikut keselesaan pemain itu sendiri.

Jadi, tidak ada “fix” control dalam mengatakan jenama finger sleeve yang mana lebih baik. 

Tetapi, tentunya jenama seperti Black Shark dan Realme memberikan pengalaman yang terbaik semasa menggunakannya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *