MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , , ,

Adakah SDGR EBLZ calon baharu juara WildRift Malaysia?

Kongsi
Adakah SDGR EBLZ calon baharu juara WildRift Malaysia?


Pasukan SDGR EA EBLZ adalah pasukan baru yang berjaya melayakkan diri mereka ke ESL Mobile Open Wild Rift SEA ICON Series MY Musim Luruh. Walaupun masih baru dalam kompetitif, pasukan ini dapat menunjukkan kehebatan dan kekuatan mereka apabila mereka berjaya ke Playoffs


Pasukan ini diwakili oleh tiga pemain warganegara dan dua pemain daripada negara jiran. Barisan pemain mereka adalah “Emotionless” , “faLLen”, “Williamz”, “GodGesby”, dan “Zafiroth”.

Sebelum ini pasukan SDGR EA EBLZ menunjukkan prestasi permainan yang cantik semasa menentang pasukan Assassin Academy lima berlawan lima, salah seorang pemain mereka Emotionless yang menggunakan hero Riven telah menunjukkan satu gameplay tanpa rasa takut dan berada di tengah tengah pertempuran dan mendapatkan double kills manakala rakan teammate beliau mendapatkan triples kills .


Salah seorang daripada pemain mereka iaitu “Zafiroth” juga mendapatkan Most Valuable Player di peringkat kumpulan hari ketujuh match yang kedua, setelah menunjukkan taring menjadi benteng pertahanan yang kebal bagi melindungi ahli pasukannya daripada serangan pasukan Silent Killer.



Dengan berjaya mengumpul 18 mata keseluruhan di peringkat kumpulan, SDGR EA EBLZ sememangnya mencabar kedudukan pasukan-pasukan Wild Rift yang lain. Adakah mereka akan menjadi pasukan baru yang menjuarai Wild Rift Malaysia pada kali ini? 

Sama-sama kita nantikan sama ada pasukan ini akan memberi cabaran buat pasukan-pasukan lain di pusingan Playoffs yang akan berlangsung pada 27 Ogos hingga 29 Ogos ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *