MEMUAT

Taip untuk mencari

Netflix akan melancarkan siri animasi League of Legends, Arcane

atq_hyprgame
Kongsi

Riot Games dikhabarkan akan mengeluarkan siri animasi League of Legends, Arcane di Netflix. Berita tentang siri animasi ini sudah diberitahu oleh Riot Games sendiri pada awal bulan Jun. Tetapi baru-baru ini, Riot Games telah memuat naik satu klip di Weibo tentang siri animasi tersebut. 

Sumber: Riot Games, Netflix

Promosi video tentang siri animasi itu dimuat naik oleh Riot Games dalam tempoh yang kerap juga. Jadi, ini lebih memberikan harapan buat peminat League of Legends. Dalam video yang berdurasi 2 minit itu, watak muda Jinx dan Vi dilihatkan dalam video tersebut. Pembawakan cerita yang baru dalam siri animasi ini tentunya dapat menarik perhatian peminat-peminat League of Legends. 

Watch here! New Arcade Footage from League of Legends Weibo: Arcane

Sumber: Inven Global

Walaupun masih belum ada tarikh rasmi tentang pengeluaran tersebut, tentunya peminat-peminat League of Legends menanti kehadiran siri animasi, Arcane.

Lebih-lebih lagi siri itu akan ditayangkan di Netflix. Netflix merupakan konten platform yang mempunyai jumlah langganan dan servis pengstriman yang besar di dunia.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Arcane akan mendapat sokongan dan perhatian secara menyeluruh terutama buat peminat-peminat League of Legends.

Menurut Riot Games, Arcane akan dilancarkan pada musim fall tahun ini, namun Riot Games dan Netflix masih tidak memberikan apa-apa berita tentang tarikh rasmi. Sama-sama kita nantikan kehadiran Arcane di platform besar, Netlfix! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya