MEMUAT

Taip untuk mencari

MLBB: 3 hero yang boleh counter Aulus dengan baik

atq_hyprgame
Kongsi

Kita banyak melihat Aulus dibawa masuk di dalam regular season MPL Malaysia S9. Pembawakan hero Fighter ini di dalam draft bukanlah satu kesilapan jika Aulus sudah dapatkan power spike yang diperlukan. Capai sahaja Level 12, Aulus boleh beraksi dengan baik di late game.

Bercakap tentang Aulus, pasukan Todak ada memaparkan gameplay terbaik ketika meletakkan Aulus di dalam draft mereka. Hero ini juga menjadi hero yang sering dikenakan ban setiap kali pasukan lawan berhadapan dengan Todak. Selepas melihat Ajiqtusok memainkan Aulus dengan sangat baik, memang hero ini harus dikenakan respect ban. 

Sumber: MOONTON

3 Hero untuk counter Aulus, Warrior of Ferocity

Aulus bukan sahaja hero Fighter yang baik tetapi dia juga boleh keluarkan damage yang besar. Kalau dilihatkan dalam perlawanan ketika Ajiqtusok memainkan Aulus, di fasa early sehingga mid game, memang nampak sedikit sukar untuk Aulus dapatkan permainan.

Dia perlu dapatkan level, item & buff yang secukupnya untuk menghasilkan damage OP. Setelah mencapai Level 12, tiada masalah untuk Aulus dapatkan penyingkiran dengan mudah lebih-lebih lagi dengan adanya pertolongan daripada rakan sepasukan (kalau solo juga Aulus boleh).

3 hero ini adalah hero yang boleh menjadi counter terbaik seorang Aulus. Mungkin ada lagi hero yang boleh jadi counter terbaik Aulus, tetapi Lunox, Chang’e & Saber adalah yang terbaik setakat ini.

Saber

Hero Assassin ini dikatakan boleh menjadi counter terbaik bukan sahaja untuk Aulus tetapi untuk hero Fighter sehingga hero Tank. Tidak dapat dinafikan, Saber ada pasif yang boleh jatuhkan Aulus dengan mudah.

Pasif Saber akan kurangkan abiliti pasif yang ada pada Aulus. Dengan stack yang boleh didapatkan oleh Saber sehingga 5 kali jika pasukan lawan diserang oleh Saber. Dengan kombo yang dia ada, pasif Aulus mungkin tidak akan berkesan jika berhadapan dengan Saber.

Sumber: MOONTON

Lunox

Lunox, hero Mage yang boleh wujudkan Magic PEN yang besar memang sesuai untuk counter Aulus. Dengan adanya Magic PEN yang tinggi, Lunox boleh counter Aulus dengan mudah. Seperti yang sedia tahu, Lunox ada 4 Skill. 

Jadi, untuk Lunox mematikan hero Fighter yang boleh berikan damage dari jarak yang dekat, tiada masalah untuk seorang Lunox menyerang Aulus. Capai sahaja Level 4, Lunox sudah mampu berikan damage yang agak baik. 

Sumber: MOONTON

Chang’e 

Mungkin Chang’e dilihatkan sebagai hero Mage yang agak rapuh. Tetapi, pada pengguna Chang’e, banyak yang menyatakan bahawa Chang’e boleh keluarkan damage yang sangat besar lebih-lebih lagi dengan Ultimate-nya. Dan, ia terbukti! Chang’e di fasa early sehingga mid juga sudah mampu keluarkan damage yang agak besar di mid lane. Masuk di fasa late game, dia mampu hasilkan damage yang besar! 

Chang’e juga adalah salah satu hero Mage yang boleh pertahankan damage yang dikeluarkan oleh pihak lawan. Pasif Aulus yang berikan Physical DEF tidak akan ada effect untuk Chang’e. Ultimate hero ini juga akan semakin sakit; mampu jatuhkan 2 hero dalam satu masa jika pemain tahu menggunakan ultimate Chang’e.

Sumber: MOONTON

Itu adalah 3 hero yang boleh counter Aulus. Banyak lagi sebenarnya hero yang boleh counter Aulus, cuma 3 hero ini dikatakan memiliki kuasa tambahan yang boleh beri damage yang besar, yang mampu untuk lemahkan pasif Aulus. Kalau jumpa Aulus, boleh cuba gunakan 3 hero ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *