MEMUAT

Taip untuk mencari

Skin Bundle baharu yan dikitar semula

Kongsi
Skin Bundle baharu yan dikitar semula

RiotGames telah mengeluarkan details berkenaan skin bundle baharu mereka yang bertemakan Undercity. Tetapi skin tersebut menyerupai skin lama ?

Valorant Episode 4 Act 2 hampir tiba, dan pemain teruja dengan hiburan dan skin yang disediakan oleh Riot Games. Skin Bundle itu seakan telah membuatkan pemain sedikit kecewa, apatah lagi apabila ia melibatkan dengan si collectors skin yang merasakan bundle itu tersangat la buruk bagi mereka. 

Skin bundle UnderCity ini sama seperti skin bundle yang dikeluarkan oleh Riot terdahulu “Glitchpop”, lebih mengeruhkan lagi apabila melibatkan gabungan knife antara (Axe dan Dagger) yang dibuat seakan Tethered Realms Skin yang mempunyai dua pedang.

Meskipun skin bundle baharu ini, mempunyai visual yang berbeza yang membawa tema revolusioner tetapi ia tidak mengubah bentuk skin tersebut yang sangat menyerupai bundle “glitchpop”. Warna Cyberpunk pada senjata lutsinar yang mencerminkan metropolis misteri, dan ia pernah dilihatkan dalam video lagu Jett.

Skin yang disediakan adalah : 

  • Classic
  • Malee
  • Phantom
  • Bulldog
  • Judge

Komuniti berpendapat bahawa RiotGames tidak mempunyai sebarang idea baharu untuk memberikan kelainan dan masih ingin mencari keuntungan meskipun mengeluarkan skin yang dikitar semula. 

Wajah baharu sekali lagi membuatkan peminat tidak sabar menanti penampilan ejen baharu di dalam permainan. Seperti dilihat, wajah yang diberi nama Victoria Vector tidak pernah dilihat di dalam permainan, tetapi peminat mempunyai beberapa teori berkenaannya.

Komuniti berpendapat ia boleh membawa kepada satu lagi persilangan League of Legends dan Valorant di mana watak aneh ini ialah Vi dari Arcane. Tetapi, nama sebenar Vi ialah Violet, yang bertembung dengan poster dalam video muzik Jett. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa acara Riot selama seminggu untuk meraikan pengakhiran Arcane juga bertajuk Undercity dan mempunyai poster Vi juga.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *