MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL ID S9: 5 pemain kekal dalam roster, Chester kembali ke Alter Ego!

atq_hyprgame
Kongsi

Terbaru, Alter Ego Esports telah mengumumkan senarai lengkap pemain yang akan mengisi roster Alter Ego di MPL Indonesia S9. Dikhabarkan juga, hari ini merupakan tarikh semua roster MPL Indonesia akan diumumkan. 

Melalui laman rasmi Alter Ego Esports, mereka telah mempersiapkan 8 orang pemain dalam roster di mana 5 daripadanya yang memiliki nama besar dalam Alter Ego masih kekal dalam roster pasukan itu di MPL Indonesia S9; Nino, Udil, Celiboy, Rasy & Pai

Alter Ego sebelum ini ada menyatakan bahawa Ahmad & Leomurphy rasmi diturunkan ke MDL untuk melengkapkan roster Alter Ego X. Penurunan kedua pemain lama Alter Ego ini mungkin disebabkan oleh prestasi mereka ketika di MPL Indonesia S8. Alasan lain kenapa mereka diturunkan tidak dijelaskan oleh organisasi e-sukan tersebut. 

Sumber: Alter Ego Esports

5 pemain penting masih kekal dalam roster Alter Ego 

Nino, Udil, Celiboy, Rasy & Pai memang antara nama penting dalam Alter Ego selain daripada Ahmad & Leomurphy. Pengekalan kelima pemain ini membuatkan peminat Alter Ego berasa lega. Sekurang-kurangnya, pemain yang memiliki nama besar dalam Alter Ego tidak berehat dari roster. 

Dengan roster yang dikeluarkan oleh Alter Ego, hampir pasti kali ini Udil akan bermain di MPL Indonesia S9. Alter Ego belum lagi memiliki peluang untuk menjuarai MPL. Pencapaian tertinggi mereka adalah ketika menjurarai MPLI 2020. Mungkin ini masa untuk pasukan itu mendapatkan kejuaraan lebih-lebih lagi dengan kehadiran Chester!

3 pemain yang lain adalah pemain dari MDL yang dipromosi ke dalam roster Alter Ego di MPL Indonesia. Seperti yang ONE Esports nyatakan, 3 pemain tersebut adalah Amyy, Rexlona, dan Devkoch yang pernah bawa kejuaraan untuk Alter Ego X di MDL pada musim lalu. Walaupun mereka “baru” dalam roster Alter Ego, tetapi pengalaman yang 3 pemain ini ada ketika di MDL tidak boleh dipandang rendah.

Sumber: Alter Ego Esports

Chester kembali ke Alter Ego sebagai analisis 

Chester pernah bermain untuk Alter Ego pada MPL Indonesia S3 sebagai Mid Laner. Beliau juga pernah bertindak selain daripada pemain Alter Ego iaitu jurulatih. Ketika di MPL Indonesia S6, Regi “Nasiuduk” Kurniawan adalah jurulatih bagi pasukan Alter Ego selepas Chester berhenti menjadi jurulatih alter Ego.

Untuk pengetahuan semua, sebelum NasiUduk menjadi jurulatih alter Ego, pasukan itu pernah diperkuatkan oleh Chester selaku jurulatih. Namun, ianya hanya bertahan sehingga MPL Indonesia S5. Selepas S5, NasiUduk kekal sebagai jurulatih Alter Ego. Kini, Chester kembali ke Alter Ego sebagai analisis pasukan itu — dari pemain ke jurulatih & seterunya menjadi analisis!

Sumber: Alter Ego Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *