MEMUAT

Taip untuk mencari

Jurulatih jelaskan Onic Ph roster sama untuk S9

Kongsi
Jurulatih jelaskan Onic Ph roster sama untuk S9

Paul Denver Lintag Miranda atau lebih dikenali sebagai “Coach Yeb”, selaku jurulatih bagi pasukan Onic PH telah menjelaskan sebab mengapa pasukan MLBB mereka tidak melakukan sebarang pertukaran pemain dan kekal dengan barisan pemain yang sama bagi menghadapi MPL musim yang ke 9.

Dalam temu bual eksklusif dengan ONE Esports Philippines, Jurulatih ONIC PH Yeb memberi alasan mengapa barisan MPL PH Musim 8 pasukan itu akan mempunyai peluang kedua untuk menebus pada musim ini.

Mobile Legends: Bang Bang ONIC PH head coach Denver "Coach Yeb" Miranda
Credit : oneesports.gg

“Well, we have a solid foundation, and it has worked in both MPL PH Season 8 and Mobile Legends’ M3 World Championship. And, I still believe in my players,” katanya.

“I can’t predict what will happen this Season 9 because all the teams are strong, but i can only say one thing. The theme is even more determined to win the championship”, tambahnya lagi.

Pada musim lepas, pasukan Onic PH mendapat tempat ke-2, selepas mereka tewas di tangan pasukan Blacklist International di pusingan grand final. Kedua-dua pasukan itu juga telah mewakili Filipina untuk bertanding di kejohanan M3 World Championship.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan daripada Filipina ini bertembung di pusingan grand final dan pasukan Blacklist international sekali lagi mengakhiri Onic PH dengan mata 4-0.

Barisan pemain Onic PH musim ke 9 :

  • Allen “Baloyskie” Baloy
  • Nowee “Ryota” Macasa
  • Ian “Beemo” Sergio
  • Mico “Micophobia” Quitlong
  • Marky “Markyyyyy” Capacio
  • Gerald “Dlarskie” Trinchera
  • Jaylord “Hatred” Gonzales
  • Kairi “Kairi” Rayosdelsol

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya