MEMUAT

Taip untuk mencari

Pokémon UNITE sebahagian dari Pokémon World Championship 2022

atq_hyprgame
Kongsi

Pokémon UNITE tidak lama lagi akan mengadakan musim kompetitif pertamanya selepas ia disahkan menjadi sebahagian daripada Pokémon World Championship (PWC) 2022, kejohanan dunia Pokémon yang berprestij. 

Musim serantau akan menjadi pusingan kelayakan untuk tentukan siapa yang akan mengambil bahagian dalam Pokémon World Championship (PWC) 2022 yang akan datang. Sebagai persediaan untuk acara ini, mod permainan kejohanan baru sedang diusahakan. Permainan ini juga akan menerima sokongan bahasa tambahan bersama kandungan utama dalam permainan yang lain.

Sumber: Pokémon UNITE

Pokémon UNITE akan mengeluarkan mod permainan kompetitif baru dalam tahun 2022

Pokémon World Championship (PWC) 2022 adalah acara e-sukan tahunan yang menampilkan pemain terbaik daripada pelbagai tajuk permainan Pokémon seperti Pokémon GO & Pokkén Tournament DX. Tahun ini, Pokémon UNITE akan menjadi sebahagian daripada PWC menurut Masaaki Hoshino.

“Mulai tahun ini, pasukan Pokémon UNITE dari seluruh dunia akan berpeluang untuk bertarung dalam musim kompetitif. Pasukan yang layak akan ke dengan Pokémon World Championship 2022 pada Ogos 2022”

Sumber: Pokémon UNITE

Di samping pengumuman besar itu, penerbit juga mendedahkan bahawa mod permainan kejohanan baru akan dikeluarkan tidak lama lagi. Ia akan mengimbangi semua mekanik permainan tanpa mengira Held Items pada setiap pemain.

Ini mungkin bermakna mod permainan baru akan menetapkan semua peningkatan pemain ke tahap & kemajuan yang sama supaya pemain boleh membina strategi. Selain itu, lebih banyak bahasa akan disokong dalam Pokémon UNITE seperti Bahasa Indonesia, Portugis Brazil, Hindi, Rusia, Thai & Turki.

“Kami berharap dapat menjemput lebih ramai lagi Trainers ke dunia Pokémon UNITE melalui kemas kini ini & melalui kerja berterusan kami untuk menyokong lebih banyak bahasa,

Sumber: Pokémon UNITE

Menarik untuk melihat Pokémon UNITE mengembangkan senario e-sukanya sejak permainan MOBA ini dilancarkan pada September 2021. Permainan ini juga berpotensi untuk bersaing dengan tajuk e-sukan mudah alih yang terkenal seperti Mobile Legends: Bang Bang & League of Legends: Wild Rift. 

Informasi ini diambil sedikit sebanyak & diterjemahkan dari AFK Gaming & GamingonPhone.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya