MEMUAT

Taip untuk mencari

T1 juara tour rasmi pertama Wild Rift, WCK 2022 Preseason Invitational

atq_hyprgame
Kongsi

Kejohanan rasmi pertama bagi League of Legends: Wild Rift pada tahun 2022 telah berakhir dengan T1 membawa pulang kejuaraan. Wild Rift Champions Korea (WCK) 2022 Preseason Invitational telah berlangsung dari 27 Disember sehingga 2 Januari di Seoul, Korea Selatan.

Sumber: T1

Di peringkat akhir WCK 2022 Preseason Invitational, T1 sekali lagi berjumpa dengan KT Rolster. Sebelum ini, di WCK 2021 Preseason Invitational, T1 juga berjumpa dengan KT Rolster di mana KT berjaya menewaskan T1 di semi finals dengan 3-0.

Pada ketika itu, KT merupakan juara WCK 2021 Preseason Invitational selepas mendapat kemenangan bersih terhadap Break Frame Gaming, 4-0. Tetapi kali ini, T1 tidak memberi peluang buat KT & berjaya mendapatkan kemenangan bersih terhadap KT di peringkat akhir.

T1 sebagai juara bagi WCK 2022 Preseason Invitational memperolehi sebanyak ₩15,000,000 KRW (kira-kira RM 52,537) daripada kumpulan hadiah ₩50,000,000 KRW (kira-kira RM 175,123).

Sumber: T1

Selepas scene kompetitif Wild Rift dibawa ke pelbagai wilayah dari seluruh dunia sejak tahun 2020, e-sukan Wild Rift mula membina nama pada 2021. Beberapa kejohanan telah pun diadakan di seluruh dunia yang telah membawa kepada Horizon Cup di Singapura. 

Pada ketika itu DKG berjaya mencipta nama mereka apabila mereka tewaskan pasukan kegemaran, ThunderTalk Gaming dengan 4-2. Pasukan itu berjaya membawa pulang kejuaraan pada bulan November bersama dengan $100,000 USD (kira-kira RM 418,350) dari keseluruhan kumpulan hadiah sebanyak $500,000 USD (kira-kira RM 2,090,750).

Sumber: Riot Games Korea

Menurut Dot Esports, Riot berkata bahawa 2021 hanyalah “pramusim” untuk sukan Wild Rift. Leo Faria, peneraju esukan untuk permainan MOBA, sebelum ini berkata bahawa “persaingan global yang ditempah khas” akhirnya akan diperkenalkan untuk Wild Rift. Rancangan untuk e-sukan Wild Rift pada tahun 2022 masih belum didedahkan.

Baru-baru ini diumumkan bahawa Wild Rift Tour akan kembali ke Brazil pada 2022 dengan format yang lebih besar, perlawanan LAN & kumpulan hadiah sebanyak $246,000 USD (kira-kira RM 1.04 Juta). Wilayah lain juga dijangka mengumumkan pertandingan mereka tidak lama lagi.

Sumber: Wild Rift Brazil

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *